AGM

1-JUL-2019

Memandang Axiata 5 Tahun ke Hadapan


FN    


Hari ni team iSaham telah pergi menjenguk AGM Axiata di Nexus Ballroom, Bangsar South. Penyampaian untuk AGM tadi oleh CEO Tan Sri Jamaludin Ibrahim begitu bersemangat. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan prestasi keseluruhan yang semakin kukuh, potensi gabungan yang kuat antara Telenor dan Axiata di peringkat Asia dan juga perancangan untuk Axiata.

Axiata AGM 2019

Rangkaian Liputan Axiata


Kami pasti ramai kenal Axiata melalui Celcom, namun tahukah anda Axiata ada banyak lagi mobile operator di negara Asia yang lain? Negara-negara Asia yang dimasuki Axiata sebagai mobile operator adalah Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Cambodia dan Indonesia. Axiata mendapat kedudukan pasaran kedua teratas dalam negara-negara ini. Mereka juga menjangka potensi waktu panjang untuk Indonesia menjelang 2050 yang akan menjadi salah sebuah ekonomi besar dunia.

axiata asia map

3 Strategi Teras Untuk Mendahului Pasaran


Sejak tahun 2016, Axiata telah memasuki fasa transformasi untuk menjadi generasi baru jaguh digital (Becoming A New Generation Digital Champion). Axiata meletakkan 3 teras sebagai strategi, iaitu digital telco, digital business dan infrastructure. Strategi digital telco akan menjadikan mobile operator di bawah Axiata untuk meliputi segmen jalur lebar ke rumah-rumah dan bisnes.

Digital business akan menumpukan daya keuntungan untuk Axiata Digital Services (ADS) yang melibatkan servis kewangan seperti Boost, pengiklanan ada, dan platform Apigate. Dari segi infrastructure, Axiata akan memberikan fokus kepada edotco untuk menjalankan bisnes menara komunikasi untuk pertumbuhan global.

axiata core strategy

Potensi Gabungan Axiata-Telenor sebagai MergedCo


CEO membuka peyampaian tentang potensi gabungan Axiata-Telenor dengan memberikan gambaran bahawa prestasi industri telco pada peringkat global adalah merosot dan kini adalah waktu yang mencabar untuk industri ini. Pembentukan MergedCo adalah langkah ke hadapan untuk berdaya saing dengan menggabungkan aset, kawasan liputan dan jumlah pengguna. Sekiranya gabungan ini berjaya diteruskan, MergedCo akan menjadi kumpulan telco terbesar (dari segi revenue) di rantau ASEAN dan Asia Selatan.

axiata merger positioning

Gabungan ini juga akan memiliki 9 anak syarikat telco dibawahnya, dengan 6 pemain nombor satu, 2 pemain nombor dua, dan 1 pemain nombor tiga industri telco di negara masing-masing. Jumlah pelanggan yang akan diperoleh di bawah MergedCo ini adalah sebanyak 300 juta.

axiata telenor map

Dengan volume pengguna yang lebih besar, Axiata-Telenor akan mendapat manfaat untuk mendapat ruangan network yang lebih luas. Dari sini, lebih banyak peluang akan terbuka untuk mempromosikan servis data seperti yang sedang diusahakan oleh Axiata dengan Boost, ada, Apigate dan sebagainya.

Dari segi struktur organisasi, MergedCo yang merupakan nama syarikat gabungan buat masa ini, akan dipimpin oleh pengarah dari Malaysia. Ia akan menjadi sebuah entiti syarikat bertaraf antarabangsa yang mengendali servis rangkaian telekomunikasi di rantau Asia Selatan dan ASEAN.

Dalam perbincangan penggabungan ini, terdapat beberapa bisnes yang masih kekal di bawah syarikat masing-masing iaitu Digital untuk Telenor dan Robi, Idea dan ADS untuk Axiata. Pada peringkat Malaysia pula, Celcom dan Digi akan membentuk sebuah entiti, dan CEO memberitahu bahawa tiada pemberhentian kerja akan dilakukan, namun ada kemungkinan untuk penawaran VSS.

axiata telenor mergedco structure

Setakat ini, pihak Axiata dan Telenor masih berada di tahap perbincangan. Namun, CEO juga mengatakan sekiranya menjadi, MergedCo akan beroperasi dalam suku ketiga 2020. Segala potensi keuntungan yang dibincangkan boleh dijangkakan dalam jangkamasa 5 tahun ke hadapan.


< kembali ke laman blog utama