UMUM

26-APR-2022

Mencari Saham Akhirat di Penghujung Ramadan


FF    


Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan akan berakhir. Bulan Ramadan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam, penuh dengan keberkatan, dimana setiap amalan yang dilakukan akan dilipatgandakan.

Dari Aisyah RA, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ، مَا لَا يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ

Maksudnya: "Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh (dalam melaksanakan ibadahnya) pada sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan) berbanding pada waktu lain." (HR Muslim).

Sumbangan Bulan Ramadan

Bulan Ramadan sangat sinonim dengan amalan-amalan kebaikan khususnya bersedekah. Sedekah ini boleh dibuat dalam pelbagai bentuk, antaranya melalui pemberian wang ringgit dan harta.

Dalam sebuah hadis Riwayat Abu Huraiah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila mati seseorang manusia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).

Sehubungan dengan itu, iSaham bersama GlobalSadaqah sedang mengusahakan kempen sumbangan bagi menyediakan makanan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Bekalan makanan ini akan disumbangkan kepada keluarga asnaf dan B40 yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini.

Jika anda ingin menyalurkan sumbangan boleh dibuat di Sumbangan Makanan Kepada Keluarga Asnaf di Malaysia untuk Bulan Ramadan.

Penyerahan bakul makanan kepada yang memerlukan
Penyerahan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan. Gambar: GlobalSadaqah

Program Wakaf Al-Quran di Masjidil Haram

Selain itu, iSaham bersama-sama GlobalSadaqah juga sedang berusaha menjalankan projek Wakaf Al-Quran di Masjidil Haram di Kota Makkah. Projek ini bertujuan untuk membantu umat Islam seluruh dunia merebut ganjaran berwakaf Al-Quran di tanah suci dan memperoleh pahala yang berterusan.

Projek wakaf al-Quran di Mekkah fasa 1, 2 dan 3
Projek wakaf Al-Quran pada fasa 1, 2 dan 3. Gambar: GlobalSadaqah

Justeru, jika anda hendak mewakafkan Al-Quran di Masjidil Haram di Kota Makkah boleh di buat melalui= Wakaf Al-Quran di Masjidil Haram.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, nescaya dia dihitung satu kebaikan, dan satu kebaikan itu mendapat sepuluh kali ganda pahala. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [Tirmizi]

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan di hari-hari terakhir ini. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT dan diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan lagi.


< kembali ke laman blog utama