Pergerakan saham ada naik dan turunnya. Ia bergerak disebabkan oleh pelabur yang menjual dan membeli saham. Namun, ada masanya sesebuah saham itu terlebih jual ataupun terlebih beli. Istilah yang lebih popularnya disebut sebagai overbought dan oversold. Apabila sebuah saham itu terlebih dijual, anda akan berpeluang untuk beli saham itu dengan harga yang murah. Dalam bacaan kali ni, kita akan kenalpasti saham overbought dan oversold dan potensi yang ada.
Maksud overbought dan oversold
Overbought adalah keadaan di mana sesebuah saham itu dibeli secara berterusan sehingga menyebabkan kenaikan jangka pendek pada harga saham melebihi nilai sebenar. Saham ini dijangka akan turun semula pada nilai wajarnya ketika pasaran mengalami fasa pembetulan atau correction. Sebaliknya pula untuk oversold, saham ini pula dijual secara berterusan sehingga berlaku kejatuhan harga saham melebihi nilai wajar. Apabila berlakunya fasa correction, saham ini akan kembali naik ke harga wajarnya.
Oscillator mengesan overbought dan oversold
Satu kaedah analisis teknikal yang boleh digunakan untuk mengenalpasti saham overbought dan oversold adalah dengan menggunakan oscillator. Dalam bahasa melayu, mungkin ia boleh disebut sebagai pengayun atau pembuai. Oscillator dapat lakarkan sebuah jalur tinggi dan rendah dalam sebuah graf oscillator berdasarkan carta saham. Graf oscillator akan bergerak dalam lingkungan batasan tinggi dan rendah ini dan dapat menunjukkan kawasan overbought dan oversold. Antara oscillator yang biasa digunakan adalah:
- RSI
- Stochastic
- MACD
Dalam iSaham, anda boleh cari indicator ini pada screener dengan tag oscillator, overbought atau oversold. Dari page saham pula, anda boleh tambah indicator ini pada carta saham dengan menekan butang seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Apabila membuka indicator RSI, Stochastic atau MACD, anda akan nampak ada graf oscillator di bawah carta candle. Terdapat sedikit perbezaan antara ketiga-tiga graf ini (dan oscillator lain yang tak disebut), namun masing-masing dapat berikan satu cerita yang sama dengan kaedah masing-masing, iaitu overbought dan oversold.
Mengenalpasti kawasan overbought dan oversold
Kebiasaannya, pelabur lebih berminat dengan saham yang terlebih dijual iaitu oversold. Ini adalah disebabkan potensi kenaikan yang boleh dijangka untuk masa akan datang. Keadaan oversold wujud apabila graf oscillator menghampiri batasan bawah, dari skala 30% hingga 20%.
Mengenalpasti overbought dan oversold lebih mudah dengan menggunakan RSI dan Stochastic kerana ada batasan yang jelas. Contohnya dalam graf RSI, kita boleh lihat batasan yang jelas pada angka 30 dan 70 di kanan graf. Sekiranya graf terkeluar dari batasan pada angka 30, bermakna ia memasuki kawasan oversold. Ketika ini anda boleh bersedia untuk membeli, dan cadangan waktu untuk beli adalah ketika graf RSI memasuki batasan semula pada angka 30 ke atas. Untuk mengesan saham-saham yang timbul dalam kriteria ini, boleh gunakan screener RSI Oversold.
Teknik yang sama boleh digunakan untuk Stochastic dengan melihat pada angka 20 dan 80 yang menunjukkan kawasan oversold. Namun, signal membeli untuk Stochastic dan MACD agak berlainan dengan RSI. Untuk dua indicator ini, boleh lihat pada graf indicator di atas dan perhatikan ketika garisan biru memintas garisan merah dalam keadaan uptrend. Untuk Stochastic, anda boleh gunakan screener Stochastic Oversold, manakala untuk MACD, boleh guna screener MACD Oversold.
Untuk take profit pula, anda juga boleh gunakan teknik overbought. Untuk RSI, apabila oscillator telah terkeluar ke kawasan overbought, anda boleh bersedia untuk jual. Untuk Stochastic dan MACD pula, kalau garisan merah berada di atas garisan biru, boleh bersedia untuk jual. Memang hebat ilmu saham ni. Saham is Cool!
Macam senang, kan?
Ya, senang saja nak gunakan oscillator ni. Jadi kalau kita ikut teknik oversold ni, konfem untung lah kan? Sebab dah oversold, mestilah ada correction untuk naik semula. Sebenarnya tak juga. Ada masanya, kita mungkin akan terjumpa dengan signal yang mengelirukan dan boleh jadi palsu.
Sebagai contoh, kita tengok pada indeks di atas. Indeks pasaran terus menurun walaupun signal beli tercetus beberapa kali. Jadi perlu diingat, dalam pelaburan saham, kita memang terdedah kepada banyak risiko. Maka, kalau anda guna teknik ini, jangan lupa untuk cutloss kalau teknik tak menjadi. Anda boleh andaikan ia tak menjadi apabila garisan oscillator terkeluar semula ke kawasan oversold.