Sudah tentu ramai yang nak masuk market pada waktu market memberi duit pada kita. Tetapi mengetahui keadaan market kadang-kadang tidak mudah lebih-lebih lagi untuk yang baru berdagang dalam pasaran. Ada banyak cara menentukan samada market tengah ok atau market tengah slow, dan istilah yang digunakan untuk penentuan ini ialah Market Breadth.
Antara kaedah market breadth yang selalu digunakan ialah saham naik (gainers) melawan saham turun (losers), penggunaan carta indeks, Advance-Decline line, jumlah saham mencapai harga tertinggi melawan terendah, saham mempunyai volume menaik vs volume menurun dan macam-macam lagi. Kami terangkan 3 kaedah disini:
1. Penggunakan Carta Indeks
Carta indeks boleh digunakan untuk mengukur kekuatan keseluruhan market. Untuk market Malaysia, kita menggunakan FBMKLCI (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index) sebagai kayu ukur kerana indeks ini mengumpulkan 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Setiap market ada kayu ukur masing-masing seperti Dow Jones Industrial Average / S&P (US), Nikkei (Jepun) dan Straits Times Index (Singapura).
Untuk menilai market menggunakan carta indeks seperti FBMKLCI, anda memerlukan sedikit ilmu analisis teknikal untuk menentukan sama ada indeks dalam keadaan uptrend atau ada signal-signal positif. Apabila indeks positif, selalunya keseluruhan pasaran juga dalam keadaaan baik.
2. Saham Naik (Gainers) Melawan Saham Turun (Losers)
Petanda ini selalu digunakan untuk mereka yang nak short term untuk memilih sama ada untuk berdagang secara short term atau berehat. Apabila jumlah saham meningkat banyak, maknanya banyak pembelian berlaku pada hari tersebut dan mood dalam keadaan baik. Begitu juga sebaliknya. Petanda ini boleh dirujuk dalam platform trading masing-masing. Contoh, untuk platform mplus, seperti berikut:
Contoh petanda di platform web Mplus
Contoh petanda di aplikasi mobile Mplus
3. iSaham Market Mood
Petanda ini paling mudah digunakan untuk semua sebab kami rumuskan berdasarkan algoritma yang disusun secara khas dan dipaparkan dengan mudah untuk difahami. Anda boleh dapatkan di link berikut: [Market Mood] atau pilih menu Labs di bawah, dan kemudian pilih Market Mood. Cara penggunaan iSaham Market Mood:
Mood | Penerangan |
---|---|
Extreme Fear | Fasa market jatuh terlalu banyak, trader terlalu takut dan panik. Ini ialah fasa yang sesuai untuk pelabur yang suka saham yang jatuh banyak dan mencari saham undervalued |
Fear | Fasa market mula takut. Bagi mereka yang menggunakan strategi "trend following", fasa ini ialah fasa untuk berehat dan lepaskan pegangan saham |
Neutral | Fasa ketidakpastian sama ada market nak naik atau tidak. Selalunya pada fasa ini, masih banyak saham yang boleh beri pulangan yang baik, namun perlu berhati-hati pada perubahan fasa market sama ada ke atas atau ke bawah |
Greed | Fasa market mula berani. Bagi mereka yang menggunakan strategi "trend following", fasa ini ialah fasa yang perlu aktif semula dan membeli saham-saham yang mantap |
Extreme Greed | Fasa market naik terlalu banyak dengan sesi kejar mengejar harga. Fasa ini semestinya boleh buat duit tetapi sebarang kejatuhan boleh jadi kejatuhan besar, jadi perlu serius dengan cut loss. Untuk pelabur jangka masa panjang (yang tak hold selamanya), selalunyu akan ambik untung sebab harga dah naik banyak |
Kenapa market mood penting?
Market mood atau market breadth selalunya digunakan bagi memberikan gambaran menyeluruh sekilas pandang tentang keadaan market sekarang. Statistik menunjukkan performance portfolio semasa market mood baik untuk semua jangka masa adalah jauh lebih baik berbanding pada waktu market mood tidak baik. Sebab tu bila market ok, kita pakai strategi apa pun, saham naik. Pakai strategi hentam pun saham naik. Jadi, dekat sini pentingnya memahami keadaan market semasa.