Pengenalan
Pelaburan Initial Public Offering (IPO) semakin popular dalam kalangan pelabur runcit di Malaysia, terutamanya selepas melihat prestasi memberangsangkan beberapa IPO pada tahun 2024. Mengikut statistik, sebanyak 55 IPO disenaraikan di Bursa Malaysia tahun lepas. Nilai permodalan pasaran pula mencecah RM31.37 bilion, dan 87% saham IPO ditutup lebih tinggi daripada harga tawaran pada hari pertama. Namun, satu cabaran utama bagi pelabur ialah kesukaran mendapatkan peruntukan saham IPO akibat permintaan yang terlalu tinggi. Apply banyak, tapi tak semua dapat. Jadi, bagaimana pelabur boleh meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan saham IPO? Jawapannya ialah selain apply MITI bagi Bumiputera, anda juga boleh apply tier saham yang lebih tinggi. Tapi biasalah, sebagai pelabur runcit, modal adalah terhad. Tapi jangan risau, Mplus melalui aplikasi Mplus Global baru sahaja memperkenalkan satu fungsi baharu dipanggil IPO Financing. Ini bentuk pembiayaan pelaburan IPO yang pertama di Malaysia!
Apa itu IPO Financing?
IPO Financing adalah satu bentuk pembiayaan pelaburan yang membolehkan pelabur meminjam dana tambahan untuk melanggan lebih banyak saham dalam sesuatu IPO. Seperti yang anda maklum, saham IPO diagihkan mengikut tier. Semakin tinggi tier yang anda mohon, semakin tinggi peluang untuk anda dapat agihan. Dengan adanya pembiayaan ini, pelabur tidak perlu menggunakan modal sendiri secara keseluruhan tetapi masih boleh meningkatkan peluang peruntukan dan potensi keuntungan mereka. Berdasarkan Mplus, IPO Financing ini adalah patuh Syariah, di mana semua jenis akaun termasuk Islamic Cash Upfront boleh menggunakan kemudahan pembiayaan ini untuk melanggan IPO. Namun, terdapat beberapa terma dan syarat untuk menggunakan kemudahan ini.
Syarat-syarat IPO Financing
Untuk menggunakan IPO Financing, pelabur perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan:
-
Kuota pembiayaan adalah terhad: Permohonan IPO Financing adalah berdasarkan konsep first-come, first-served, bermaksud pelabur yang lebih awal memohon mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan pembiayaan.
-
Nisbah pembiayaan fleksibel: Pelabur boleh memilih leverage antara 2x, 3x atau 4x, bergantung kepada tahap risiko yang sanggup ditanggung.
-
Jumlah langganan minimum: Pelabur perlu melanggan sekurang-kurangnya jumlah saham tertentu untuk layak mendapat pembiayaan. Setiap IPO mempunyai jumlah langganan minimum yang berbeza-beza.
-
Kos pembiayaan hanya dikenakan jika mendapat peruntukan saham: Jika pelabur tidak mendapat sebarang peruntukan, kos pembiayaan akan dipulangkan sepenuhnya.
-
Jika peruntukan melebihi modal sendiri, pelabur perlu menambah dana ke dalam akaun mereka atau faedah tambahan (13%) akan dikenakan dari selepas tarikh undian (T+1).
Bagaimana IPO Financing Berfungsi?
Terdapat 3 pilihan untuk menggunakan kemudahan ini.
2x Leverage (50%): 50% modal pelabur, 50% modal pembiayaan
3x Leverage (66.66%): 33.33% modal pelabur, 66.66% modal pembiayaan
4x Leverage (75%): 25% modal pelabur, 75% modal pembiayaan
Tanpa pembiayaan IPO, pelabur hanya boleh melanggan saham berdasarkan modal sendiri. Tetapi dengan IPO Financing, pelabur boleh menggunakan leverage untuk meningkatkan jumlah langganan mereka. Contohnya, dalam IPO paling perform baru-baru ini iaitu RTECH yang ditawarkan pada harga RM 0.25. Bayangkan jika anda ada modal sebanyak RM50,100.
Tanpa IPO Financing:
-
Dengan modal RM50,100, anda hanya boleh apply maksimum ialah 200,400 unit. Jadi, ia termasuk dalam tier 200,100 - 500,000.
-
Success rate, bagi tier ini selepas balloting hanya 3.83%.
-
Bagi yang berjaya, dapat 9,000 unit saham dengan total value RM2,250.
Dengan IPO Financing: Contoh 3X Leverage
- Modal sendiri RM50,100 (33.33%) + Modal IPO financing RM100,200 (66.66%)
- Modal & unit maksimum untuk permohonan: RM150,300 atau 601,200 unit maksimum.
- Jadi, permohonan ini terletak dalam tier seterusnya iaitu 500,000 - 1,000,000 dengan success rate 11.69% jauh lebih tinggi dari tier sebelumnya.
- Jumlah saham yang diterima pula adalah sebanyak 15,000 unit bersamaan RM3,750.
Berdasarkan data IPO RTECH ini, fungsi IPO Financing ini jelas membantu dalam meningkatkan peluang untuk mendapat peruntukan saham. Jika harga IPO ini naik, keuntungan yang diterima juga lebih besar disebabkan jumlah saham yang diterima juga adalah lebih banyak.
Kos yang Terlibat
Untuk menggunakan kemudahan ini, terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira. Namun, secara asasnya, ia adalah percuma jika permohonan IPO anda tidak berjaya.
Kita gunakan contoh RTECH diatas dengan IPO Financing 3x Leverage (66.66%).
-
Kadar faedah: 8% setahun
-
Pembiayaan: RM100,200
-
Bearing interest days: 5 hari
Situasi | Kos |
---|---|
1. Allotment kurang dari principal. |
Apabila nilai saham yang diterima kurang dari principal. Sama seperti contoh RTECH di atas, nilai saham, yang diterima hanya RM3,750 (Tier 500,100 - 1,000,000) kurang dari modal asal iaitu RM50,100. Jadi kadar faedah yang dikenakan hanya 8% P/A. Jumlah hari yang dikira pula adalah dari tarikh closing IPO tersebut ke hari balloting, biasanya antara 3 hingga 5 hari sahaja. (5/365) x 8% x RM100,200
Jumlah kos= RM109.81
|
2. Allotment lebih principal. Jual pada hari listing. |
Apabila nilai allotment melebihi nilai principal, terdapat caj tambahan sebanyak 13% mengikut berapa banyak lebihan tersebut dikira selepas tarikh balloting sehingga saham tersebut dijual. Dalam situasi ini, jika jual pada hari listing, kebiasaannya memakan masa 10 hari. Contoh:
Principal: RM50,000 IPO Financing: RM100,00 Allotment: RM 70,000 Allotment - Principal = 20,000
Jadi, fasiliti pembiayaan yang digunakan selepas balloting IPO ialah RM20,000 dengan kadar faedah 13%. Katakan tarikh closing: 3 Februari Tarikh balloting: 7 Februari Tarikh listing: 17 Februari (jual) (Kos dari tarikh closing IPO ke Balloting) + (Kos dari balloting hingga hari jual pada listing) = ((5/365) x 8% x RM100,000) + ((10/365) x 13% x RM20,000) = RM109.58 + RM71.23 = RM 180.81 |
3. Allotment lebih dari principal. Hold beberapa hari selepas listing dan jual. |
Gunakan situasi 2, namun anda hold beberapa hari saham IPO tersebut: Katakan tarikh closing: 3 Februari Tarikh balloting: 7 Februari Tarikh listing: 17 Februari Tarikh jual: 27 Februari = (Kos dari tarikh closing IPO ke Balloting) + (Kos dari balloting hingga hari jual) = ((5/365) x 8% x RM100,000) + ((20/365) x 13% x RM20,000) = RM109.58 + RM142.46 = RM252.04 |
4. Allotment lebih dari principal dan membuat deposit tambahan. |
Gunakan situasi 3, namun anda deposit wang tambahan bersamaan pembiayaan dan hold beberapa hari saham IPO tersebut: Katakan tarikh closing: 3 Februari Tarikh balloting: 7 Februari Deposit: RM20,000 pada 7 Febuari Tarikh listing: 17 Februari Tarikh jual: 27 Februari = (Kos dari tarikh closing IPO ke Balloting) + (Kos dari balloting hingga hari jual) = ((5/365) x 8% x RM100,000) = RM109.58
Tiada caj tambahan disebabkan anda telah mendeposit dana tambahan bersamaan jumlah pembiayaan ke dalam akaun trust. |
Risiko IPO Financing
Walaupun fungsi ini sangat berguna dengan membolehkan anda untuk apply unit saham yang lebih tinggi, terdapat beberapa risiko yang anda perlu ambil kira:
1. Risiko Interest
-
Kos interest masih dikenakan walaupun prestasi IPO yang anda terima tidak memberangsangkan selepas penyenaraian.
2. Risiko Pasaran
-
Harga saham boleh jatuh selepas IPO disenaraikan, menyebabkan kerugian kepada pelabur. Jadi, pastikan anda membuat kajian dan pastikan IPO yang anda mohon adalah IPO yang bagus.
3. Risiko Peruntukan Tidak Mencukupi
-
Walaupun menggunakan IPO Financing, pelabur mungkin masih tidak mendapat jumlah peruntukan yang diharapkan kerana permintaan yang terlalu tinggi.
Tips untuk menggunakan IPO Financing
1. Pilih IPO yang bagus
Kadar kejayaan IPO yang bagus dan popular kebiasaannya 5%-10%. Nilai allotment pula adalah kecil dan sangat sukar untuk lebih dari principal. Jadi, jika anda kaji dan fokus ke IPO yang bagus, kebarangkalian untuk kos tambahan 13% dikenakan adalah sangat rendah.
2. Jual sebahagian pada hari listing
Jika anda menerima allotment melebihi principal, jual bahagian pembiayaan secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah 13% yang lebih tinggi.
3. Set stop loss
Jika IPO mengalami penurunan harga, cut loss dengan menjual saham yang dibiayai dahulu. Selepas itu, re-strategize baki saham yang menggunakan principal anda sama ada anda mahu hold atau keseluruhan.
Perbincangan
IPO Financing adalah satu fungsi yang sangat berguna bagi pelabur yang ingin meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan saham IPO. Dengan pembiayaan yang disahkan patuh Syariah ini, anda boleh tingkatkan jumlah permohonan unit saham IPO berpotensi ke tier yang seterusnya dengan harapan dapat meningkatkan peratusan agihan saham. Namun ingat, setiap perkara datang dengan risiko begitu juga bagi mereka yang berminat untuk menggunakan fungsi ini. Jadi pastikan, anda kaji dahulu IPO yang anda ingin mohon sebelum membuat apa-apa keputusan. Lepas dah kaji dan faham risk & reward barulah anda gunakan fungsi ini melalui aplikasi Mplus Global. Kami mencadangkan bagi sesiapa yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini, fokus pada IPO yang bagus sahaja bagi mengurangkan kemungkinan caj tambahan 13% dikenakan. Pastikan juga anda sudah ada akaun bersama Mplus. Bagi anda yang berminat untuk membuka akaun Mplus Global dan ingin mendapatkan manfaat lain, jom daftar & trade di bawah rakan kongsi iSaham untuk menikmati manfaat iSaham Pro seperti Screener Premium, kelas mingguan, dan kumpulan sokongan. Klik pautan di bawah untuk mendaftar.
Pautan: Pendaftaran Akaun M+ Global bersama iSaham
Sebarang persolan berkaitan boleh terus hubungi kami di Telegram @iSaham Support.