ASAS

28-MAR-2019

Panduan Pelaburan Saham untuk Pelabur Baru


   


Tak ada orang yang lahir-lahir terus pandai melabur dalam saham. Semua pelabur bermula dari zero dan janganlah anda rasa rendah diri jika anda masih newbie. Sebelum nak mula jual beli dalam saham, ada 2 benda yang anda perlu ada untuk menjadi pelabur saham iaitu:

Akaun CDS (Central Depository System)

Akaun CDS ialah akaun yang akan anda guna semasa membuat transaksi jual atau beli saham. Fungsi CDS akaun ini sama macam kita buka akaun di bank. Segala transaksi jual beli saham akan direkodkan dan disimpan di dalam akaun ini. Dengan ada nya akaun ini, anda boleh monitor duit simpanan anda dan akaun saham-saham yang anda telah jual atau beli.

Screenshot-2019-03-28-at-4-37-17-PM
Modal untuk melabur

Lebih banyak modal yang kita ada, lebih mudah untuk kita melabur kerana kita mempunyai lebih banyak pilihan kaunter dan lebih banyak kuasa membeli. Modal saya seribu je, boleh ke melabur? Jawapannya boleh, tiada jumlah minimum, tetapi adalah lebih baik lagi-lagi jika anda pelabur baru untuk kumpul modal yang banyak dahulu. Disarankan menggunakan duit-duit lebihan kerana pelaburan saham adalah salah satu jenis pelaburan yang berisiko tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti pelaburan hartanah dan emas.

Setelah ada dua-dua ni, boleh lah mula shopping syarikat/saham mana yang anda nak beli.

Cara buka akaun CDS?

Proses pembukaan akaun cds akan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 minggu. Anda boleh pergi saja ke mana-mana registered agent-agent broker saham (Participating Organization). iSaham juga adalah remisier kepada broker Malacca Securities, salah satu broker agent saham.

Siapakah broker-broker ni?

Ada 2 jenis broker yang layak untuk menjadi broker, iaitu broker bank dan broker bukan bank.

Contoh non-bank adalah seperti Malacca Securities, Rakuten Trade, Jupiter Securities, dan lain-lain lagi. Senarai syarikat broker ini ada juga di laman web Bursa Malaysia.

Apa beza broker bank dan non-bank?

Tiada beza. Dua2 jenis broker pun melakukan tugas yang sama, yang membezakan adalah lah servis yang diberikan (online trading platform), jenis account dan harga brokerage fee untuk setiap akaun. Part ni anda perlu buat kajian sedikit.

Kos buka akaun CDS & Trade

Kos buka akaun ini hanyalah RM10 sahaja. Kos ini dikenakan oleh Bursa Malaysia dan perlu dibayar semasa membuka akaun.

Bila akaun sudah siap dan anda sudah bersedia untuk membeli, setiap transaksi pembelian dan/atau penjualan akan dikenakan 4 jenis fee iaitu:

  1. brokerage fee - bergantung kepada jenis akaun yang anda pilih, paling murah setakat ini RM8 untuk setiap transaksi. Bayaran ini akan dibayar kepada broker
  2. stamp duty - 0.03% daripada harga saham.
  3. clearance fee - RM1 untuk setiap RM1000. Bayaran ini diberi kepada Bursa Malaysia
  4. SST - hanya dikenakan pada brokerage fee, stamp duty & clearance fee tidak dikenakan SST

Anda jangan risau, semua fee ini akan ditolak secara automatik apabila anda buat transaksi jual dan beli

Selepas Akaun dah siap…

  1. Selepas anda punya akaun CDS siap, anda akan dapat email daripada syarikat broker dan email daripada Bursa. Anda akan dapat username atau id dan password sementara.
  2. Belajar menggunakan online trading platform yang broker anda sediakan. Jika anda buka akaun CDS dengan Malacca Securities, boleh rujuk
  3. Log in dahulu menggunakan id & password yang diberi. Belajar juga cara masukkan modal dalam akaun, cara tekan buy sell, cara untuk mengira loss atau profit dan sebagainya. Anda boleh you tube sahaja cara-cara ini atau tanya khidmat pelanggan broker masing-masing.
  4. Dah tahu nak guna online trading platform terus masukkan modal. Berapa banyak? Gunakan modal yang mana kalau rugi 100% sekali pun tuan puan takkan menangis. Sebab ini baru bertujuan nak belajar kenal pasaran saham dulu.
  5. Terus beli 1 atau 2 syarikat dulu. Hentam sahaja dulu beli saham apa. Sebab ini untuk tujuan belajar. Kalau ini pun tak berani nak buat susah lah. Boleh juga rujuk website isaham.my. Website ini memaparkan saham-saham yang berpotensi naik dan website ni percuma pulak tu. Kalau nak belajar strategy atau belajar ilmu-ilmu teknikal & fundamental salam saham, boleh juga pergi ke kelas-kelas anjuran iSaham. Admin recommend kelas-kelas mereka kerana harga nya yang berpatutan dan review yang bagus. Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang anda perlu tahu setakat ini.Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.
  6. Baru pergi kelas dan belajar. Ikutlah nak baca buku sahaja ke, pergi kelas ke, coaching saham ke. Mana-mana pun boleh salkan cikgu tu bukan kaki penipu yang claim boleh buat untung hari-hari.
  7. Kemudian belajar dari kesilapan masa beli saham. Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup. Buka akaun dah, beli saham dah, belajar cara yang betul beli saham dah. Masih tak boleh lagi nak urus pelaburan saham sendiri? Maka barangkali tuan puan lebih baik beli saham secara tidak langsung, sama ada melalui unit trust (fund manager akan uruskan modal anda) atau exchange traded fund (ETF) sahaja

< kembali ke laman blog utama