TEKNIKAL

31-JUL-2024

Pengenalan Kepada Elliott Wave


AA    


Pengenalan

Jika anda menggunakan analisis teknikal, pasti anda pernah mendengar teori Elliot Wave yang dianggap salah satu teori terkenal dalam teknikal analisis. Teori ini diperkenalkan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930-an, dan sehingga kini teori ini digunakan oleh sebahagian besar pedagang. Mengikut teori ini, trend pergerakan pasaran dapat diramalkan dengan mengkaji corak wave harga yang bersifat berulang salah satunya disebabkan psikologi pedagang.

 

Asas Elliott Wave

Teori ini berasaskan kepada dua jenis wave utama iaitu impuls dan pembetulan (correction). Satu kitaran Elliot Wave yang lengkap merangkumi 5 Wave impuls dan 3 wave pembetulan (5+3). Secara asasnya, dalam pasaran yang bergerak dalam keadaan bullish, Elliott wave membuat 5 wave kenaikan dan 3 wave penurunan. Di dalam pasaran yang bergerak dalam mod bearish pula, Elliott wave membuat 5 wave penurunan dan 3 wave kenaikan. Berikut merupakan bentuk asas Elliot Wave:

 

Bentuk

Bentuk Elliott Wave dalam pasaran bullish

 

Bentuk Elliot Wave dalam pasaran bearish

a. Wave Impuls

- Terdiri dari 5 sub-gelombang yang bergerak seiring dengan arah trend utama iaitu dari wave 1 hingga 5.

- Wave 1,3, dan 5 membuat pergerakan yang besar manakala wave 2 dan 4 membuat corrective move iaitu pergerakan yang kecil.

b. Wave Pembetulan (Corrective):

- Terdiri daripada tiga sub-gelombang yang bergerak bertentangan dengan arah trend utama, dilabelkan sebagai A, B, dan C.

- A dan C membuat pergerakan harga yang besar manakala B membuat corrective move iaitu pergerakan yang lebih kecil. 

 

3 Syarat Elliott Wave

1. Wave 2 tidak boleh retrace melebihi wave 1.

2. Wave 3 merupakan wave terpanjang antara 3 wave iaitu 1,3, dan 5.

3. Wave 4 tidak bertindih dengan wave 1.

 

Contoh Aplikasi Elliot Wave 

 

Perbincangan

Kesimpulan, Elliott Wave merupakan salah satu teori terpenting di dalam analisis teknikal dan digunakan sehingga kini. Dengan menekankan wave yang berulang, teori ini memberi kerangka dan ramalan pergerakan arah harga. Teori Elliott Wave boleh digabungkan dengan teknik lain seperti Fibonachi Retracement untuk meningkatkan ketepatan teknik ini. 

 

 

 

 


< kembali ke laman blog utama