UMUM

26-FEB-2021

Pengenalan kepada Mata Wang Kripto


AA    


"Cryptocurrency" merupakan mata wang digital yang mempunyai nilai tetapi tidak dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan. Nilai mata wang digital tidak disandarkan kepada apa-apa barang termasuk barang ribawi seperti emas dan perak. Sebaliknya, mata wang digital menggunakan teknologi "blockchain" di mana data transaksi yang pernah berlaku di antara dua pihak akan disimpan dan tidak boleh diubah sampai bila-bila.

Dalam teknologi blockchain, sebuah rangkaian "database" komputer saling berhubung dan saling memeriksa data input dan output apabila ada transaksi. Data antara kesemua komputer ini sentiasa dikemaskini dan sentiasa diperiksa antara satu sama lain. Oleh itu, ia menjadi satu bentuk data yang sangat selamat dan susah (atau mungkin mustahil) untuk digodam. Seterusnya, kekuatan keselamatan ini juga menjadikan mata wang kripto yang bersandarkan blockchain ini sesuatu yang dipercayai dan mempunyai nilai.

mata wang krypto profile pic

Kepatuhan syariah

Menurut laman web SC, token digital adalah mematuhi syariah jika ianya menepati syarat berikut: iaitu hasil terbitan token digital digunakan untuk tujuan patuh syariah. Hak dan manfaat token digital patuh syariah. Penggunaan, hak dan manfaat tidak bercampur dengan perkara halal dan haram.

Berikut merupakan petikan kenyataan dari Majlis Penasihat Syariah SC:

"MPS juga telah memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat di atas dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan."

Anda boleh baca keputusan SC ini secara lebih terperinci dalam keputusan mesyuarat 29 Jun dan 20 Julai 2020.

Mana nak beli mata wang kripto

Sehubungan dengan kelulusan dari sudut syariah ini, sambutan hangat dapat dirasakan daripada pelabur di Malaysia. Buktinya, Luno telah berjaya mendapat kelulusan daripada SC untuk beroperasi sebagai DAX berdaftar. Melalui Luno, mata wang kripto boleh dijual beli untuk simpanan atau pelaburan.

Konsepnya sama seperti sesetengah orang yang membeli USD dan menyimpannya dan kemudiannya menjualnya apabila harganya meningkat. Selain daripada Luno, terdapat dua lagi syarikat yang diberikan lesen oleh SC untuk mengendalikan perniagaan mata wang digital ini iaitu Tokenize dan SINEGY. Boleh rujuk laman web SC dalam Inisiatif Digital yang digariskan di link ini.

luno profile pic

Anda boleh dapatkan RM 25 percuma dengan pembukaan akaun Luno. Caranya adalah dengan daftar akaun menggunakan referral ini dan beli sejumlah RM 250 mata wang digital.

luno referral

Prospek masa hadapan mata wang digital

Di masa hadapan, berkemungkinan mata wang kripto akan mencetuskan sistem mata wang baharu yang tidak bergantung kepada kerajaan. Hal ini kerana dalam sistem "e-wallet" sekarang seperti Apple Pay, Bitcoin diterima sebagai mata wang yang ada nilai. Maka bolehlah ia dianggap sama seperti mata wang kertas atau fiat. Tambahan pula, datanya lebih terjamin dari sudut keselamatan. Oleh itu, ia semakin diterima sebagai mata wang untuk jual dan beli barang secara universal.

Saham-saham di Bursa Malaysia yang berkaitan

Secara keseluruhan terdapat potensi untuk produk pembayaran terutamanya dari sudut payment gateway untuk membolehkan mata wang digital ini diterima sebagai kaedah bayaran.

Terdapat juga beberapa syarikat yang terlibat secara langsung dengan teknologi kriptografi atau blockchain. Contohnya, Securemetric Berhad menawarkan "Crypto As A Service" dengan kepakaran mereka dari segi perkhidmatan keselamatan digital.

secure metric profile pic

Selain itu, syarikat Systech Berhad memperkenalkan aplikasi blockchain yang boleh mengesan zakat yang diberikan, kepada siapa dan banyak mana.

Untuk mempelajari lebih lanjut berkaitan dunia kripto dan NFT, boleh rujuk blog di laman web CrepeToast dan SolanaKit.


< kembali ke laman blog utama