UMUM

19-DEC-2024

Perbezaan Akaun CDS Direct & Akaun CDS Nominee


AA    


 

Pengenalan

Umum mengetahui, salah satu perkara yang perlu dilakukan pedagang untuk berdagang ialah mempunyai akaun CDS. Senang cerita kalau takde akaun CDS, anda tidak boleh melakukan transaksi dagangan di Bursa Malaysia. Tapi tahukah anda, ada 2 jenis akaun CDS yang boleh dibuka iaitu akaun direct dan juga akaun nominee?

 

Apa itu CDS?

Central Depository System (CDS) ialah sistem yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, yang menyediakan akaun berpusat bagi tujuan keselamatan dan memudahkan penyelesaian urus niaga aset secara tanpa skrip. Bursa menetapkan pedagang sama ada (individu atau syarikat) yang ingin melakukan transaksi jual beli sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad mesti membuka akaun CDS. Sekuriti yang dibeli atau dijual akan dikreditkan atau didebitkan ke dalam akaun CDS penyimpan dengan sewajarnya.

 

Perbezaan Akaun CDS Direct & Akaum CDS Nominee

Akaun CDS Direct

Akaun CDS direct adalah akaun yang dipegang atas nama pedagang sama individu/syarikat itu sendiri. Ciri-ciri utama termasuk:

 

Akaun CDS Nominee

Sebaliknya, akaun CDS nominee dikendalikan atas nama broker atau penama berotoriti lain. Ciri-cirinya termasuk:

 

 

Perbincangan

 

Sebagai rumusan, akaun CDS direct menawarkan lebih banyak kawalan dan manfaat pemilikan langsung kepada pedagang itu sendiri. Sebaliknya akaun CDS nominee menyediakan kemudahan dan pengurangan beban pentadbiran tetapi dengan mengorbankan beberapa hak dan akses kepada pihak broker. Pilihan antara kedua-dua jenis akaun ini bergantung kepada keutamaan anda sama ada mahukan kawalan sepenuhnya terhadap akaun atau lebih suka urusan yang lebih mudah

Bagi yang belum ada akaun CDS, anda boleh mendaftar bersama rakan kongsi iSaham di bawah Remisier Malacca Securities. Klik di sini untuk membuka akaun.

 

 


< kembali ke laman blog utama