UMUM

01-AUG-2024

Perbezaan Mplus Dan M+ Global


AA    


M+ Online dan M+ Global adalah produk dibawah Malacca Securities Sdn Bhd. Secara asasnya kedua-dua produk ini menyediakan platform untuk pedagang dan pelabur untuk membeli dan menjual saham. Walaupun banyak persamaan antara kedua-dua produk ini, namun tahukah anda terdapat perbezaan antara kedua-dua produk ini? Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan perbezaan tersebut.

 

Perbezaan

Perbezaan 1: Jenis Akaun

Mplus Online dan M+ Global merupakan 2 jenis akaun yang berbeza dan proses untuk membukanya juga adalah berlainan. Untuk mendaftar Mplus Online, anda perlu mendaftar akaun CDS (central depository system) bersama remisier Malacca Securities. Untuk mengaktifkan akaun M+ Global pula, anda perlu mendaftar akaun dagangan bersama M+ Global.  Untuk pembukaan akaun CDS Mplus dan M+ Global bersama iSaham anda boleh merujuk cara baharu mendaftar akaun cds mplus.

 

Perbezaan 2: Pasaran

Jenis pasaran adalah perbezaan yang paling ketara diantara kedua-dua produk ini. Untuk Mplus Online, dagangan hanya boleh dilakukan untuk pasaran saham Malaysia iaitu Bursa Malaysia. M+ Global pula menawarkan pilihan pasaran yang lebih luas iaitu bukan sahaja untuk pasaran tempatan, Malaysia bahkan untuk pasaran global. Setakat ini, M+ Global membolehkan anda untuk berdagang di pasaran US dan HK. 

 

 

Perbezaan 3: Caj yang dikenakan

Secara asasnya jika anda berdagang untuk pasaran Bursa di kedua-dua produk cajnya adalah sama. Rujuk blog kami di untuk mengetahui kos yang terlibat. Namun, disebabkan untuk M+ Global anda boleh berdagang di 2 pasaran global iaitu US dan HK anda cajnya adalah berbeza bergantung kepada pasaran.  Anda boleh merujuk blog kami di 2 pautan berikut:

1. Pasaran US

2. Pasaran HK

 

Perbezaan 4: Platform

Perbezaan keempat ialah platform yang digunakan. Untuk M+ Online, anda boleh berdagang menggunakan aplikasi M+ Online ataupun melalui laman sesawang. Manakala untuk M+ Global anda perlu menggunakan aplikasi yang berlainan iaitu M+ Global. Rujuk gambar dibawah:

 

 

Perbezaan 5: Fungsi Platform

Perbezaan seterusnya ialah fungsi yang ditawarkan di kedua-dua platform. Walaupun kedua-dua platform mempunyai fungsi yang agak sama, Mplus Global mempunyai kelebihan kerana mempunyai fungsi yang M+ Online tiada seperti 10 market depth, live streaming dan juga News. Untuk perbandingan fungsi platform yang lebih terperinci, anda boleh rujuk di jadual di bawah.

 

 

Kesimpulan:

Sebagai kesimpulan, perbezaan yang ada antara Mplus Online dan M+ Global ialah dari segi jenis akaun, pasaran yang didagangkan, caj yang dikenakan apabila berdagang, platform dan juga fungsi platform. Namun perbezaan yang paling ketara ialah pasaran yang didagangkan iaitu untuk Mplus Online hanya pasaran Bursa Malaysia manakala untuk M+ Global, selain turut membolehkan pedagang membeli dan menjual saham Bursa Malaysia, ia turut menawarkan pasaran US dan HK selain menyediakan beberapa fungsi tambahan lain. Namun, kedua-dua produk ini merupakan produk di bawah syarikat yang sama iaitu Malacca Securities Sdn. Bhd. Adakah anda berminat untuk membuka akaun bersama rakan kongsi iSaham? Klik pautan di bawah.

Pautan: Pembukaan akaun CDS

 

 

 

 
 

 

 


< kembali ke laman blog utama