IPO

02-JUL-2024

Permohonan IPO Melalui M+ Global


AA    


 

Malacca Securities Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan sebuah lagi inisiatif permohonan IPO syarikat Bursa Malaysia dengan cara yang lebih mudah dan pantas. Jika sebelum ini, pelanggan Mplus perlu ke platform perbankan untuk memohon syarikat yang bakal disenaraikan kini, anda boleh memohon secara terus melalui aplikasi M+ Global.

 

 

Kelebihan Memohon IPO di M+ Global

Antara kelebihan memohon IPO di  M+ Global ialah:

1.  Proses permohonan lebih mudah dan cepat dengan hanya perlu mengisi beberapa maklumat.

2. Status permohonan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3. Paparan maklumat yang jelas dengan butiran IPO seperti harga ditawarkan, tarikh-tarikh penting dan juga prospektus syarikat.

 

Tutorial Menggunakan Bursa e-IPO di M+ Global

Perkara paling utama untuk membolehkan anda menggunakan fungsi terbaru ini ialah anda mestilah merupakan pelanggan Mplus dan mempunyai aplikasi M+ Global.  Setelah proses sign in/sign up selesai, anda boleh ikuti langkah di bawah untuk mulakan permohonan IPO anda.

 

Cara Memohon IPO di M+ Global

1. Buka aplikasi M+ Global, kemudian pergi ke menu "Markets" dan pilih pasaran BURSA pada penjuru atas sebelah kiri paparan.

 

 

2.  Klik pada menu IPO, dan anda akan lihat IPO yang sedang dibuka untuk permohonan dan harga yang ditawarkan. Seperti contoh di bawah, IPO EPB Group Berhad sedang dibuka untuk permohonan.

3. Seterusnya, klik pada butang "Subscribe" pada syarikat yang dikehendaki. Dan masukkan maklumat yang tertera.  

 

 

4. Masukkan bilangan lot yang ingin dimohon.  "Maximum Buying Power" ialah nilai maksimum yang boleh dimohon, sekiranya tidak mencukupi klik pada deposit untuk menambah wang ke dalam akaun.  

5. Klik "Subscribe" untuk meneruskan permohonan. Semak butiran permohonan dan klik butang setuju dan tekan "Submit" untuk mengesahkan permohonan. Selepas itu, permohonan anda akan diproses.

 

 

Cara Menyemak Status Permohonan

1. Selepas permohonan anda selesai, anda boleh menyemak status permohonan anda pada menu "Subscribed".

 

2. Status permohonan juga akan dihantar ke email pemohon.

3. Untuk permohonan yang tidak berjaya atau "partial allotment", pembayaran balik akan dilakukan dalam tempoh 2 hari bekerja selepas hari pengundian.

 

 

4. Anda juga akan dimaklumkan melalui notifikasi email tentang status allotment. Contoh seperti email di bawah: 

 

 

5. Jika anda ingin membatalkan atau mengubah suai permohonan, klik pada "Cancel" dan tekan "Cancel Subscription" untuk pengesahan. Wang anda akan terus dimasukkan ke dalam akaun.

 

 

6. Anda dibenarkan untuk memohon semula IPO sepanjang tempoh permohonan dibuka.

 

Cara Menyemak Maklumat Syarikat

1. Untuk semakan maklumat berkaitan syarikat yang ingin dipohon, klik pada "More Information".

 

 

2. Pada menu ini, anda boleh melihat butiran syarikat contohnya tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan seperti tarikh permohonan dibuka, tarikh pengundian dan tarikh syarikat bakal disenaraikan. 

 

 

3. Untuk melihat prospektus syarikat pergi ke bahagian "Relevant Document" dan klik Prospectus. Anda juga boleh memuat turun fail tersebut dengan klik pada butang download.

 

 

Cara Menyemak Syarikat yang Telah dan Bakal disenaraikan

1. Di paparan Pending, anda dapat melihat IPO yang telah ditutup untuk permohonan dan bakal disenaraikan. Sebagai contoh IPO VTC yang permohonannya telah ditutup 14 Ogos 2024, IPO ini akan disenaraikan pada 28/8/2024.

2.  Pada bahagian listed pula, anda boleh melihat IPO yang telah disenaraikan. 

 

Jadi, begitulah cara-cara untuk memohon IPO melalui aplikasi M+ Global. Fungsi ini memberikan alternatif untuk memohon IPO syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. Namun perlu diingatkan, anda perlu mengkaji terlebih dahulu latar belakang dan juga prospektus syarikat sebelum memohon sebarang IPO. Langkah ini dapat mengurangkan risiko dan juga memastikan pemilihan syarikat yang lebih berkualiti. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan, ajukan terus ke saluran Telegram iSaham Support.

 
 

 

 

 

 


< kembali ke laman blog utama