TUTORIAL

13-MAY-2024

Permohonan Pengeluaran Duit daripada Akaun CDS CGSI


FA    


Pengguna akaun CDS CGSI kini boleh withdraw sendiri di platform iTrade.

Sekiranya anda belum mempunyai akaun CDS CGSI, sila rujuk Cara-cara Mendaftar Akaun CGSI iCash bersama remisier rakan kongsi iSaham.

Blog ini akan menerangkan cara melakukan eWithdrawal melalui platform iTrade dan FAQ bagi proses pengeluaran ini.

 

Langkah 1: Semak baki di dalam trust account

Anda perlu semak baki di dalam trust account terlebih dahulu. Langkah ini sangat penting kerana hanya baki di dalam trust account yang boleh dikeluarkan.

Bagi penjualan saham, anda hanya boleh melakukan pengeluaran wang tersebut pada hari kedua selepas penjualan (T+2).

Cara menyemak baki trust account adalah seperti berikut:

Log masuk > Reports > Client Summary > Trust

Sebagai contoh, berdasarkan screenshot di bawah, amaun duit yang boleh dikeluarkan adalah sebanyak RM1640.99.

 

Langkah 2: Klik eServices menu > eWithdrawal

Setelah memastikan baki trust account anda mencukupi, klik eWithdrawal di bawah tab eServices.

 

Langkah 3: Jumlah yang hendak dikeluarkan

Pilih akaun dagangan “Non Margin”, kemudian masukkan jumlah yang anda hendak keluarkan. Selepas memastikan jumlah yang anda masukkan tepat, boleh klik “Proceed”.

 

Langkah 4: Terma dan syarat

Anda perlu baca dahulu terma dan syarat, kemudian klik “Accept”.

 

Langkah 5: Nombor pin

Masukkan 6 angka trading pin anda dan tekan “Submit”.

 

 

Langkah 6: Semak status pengeluaran

Klik “View Withdrawal History” untuk menyemak status pengeluaran anda.

https://isaham.sgp1.digitaloceanspaces.com/blog/cgsi_5.jpeg

Nota tambahan:

Permohonan pengeluaran duit anda boleh ditolak (withdrawal request rejected) atas beberapa sebab:

- Baki di dalam trust account tidak mencukupi bagi amaun yang ingin dikeluarkan.

- Terdapat kontrak pembelian tertunggak (outstanding purchase contract).

Screenshot di bawah merupakan contoh emel yang anda akan terima sekiranya permohonan pengeluaran duit ditolak:

Sekiranya permohonan pengeluaran duit berjaya, anda akan menerima emel seperti berikut:

 

Anda juga boleh rujuk persoalan-persoalan yang sering ditanyakan oleh pelanggan:

 

Jadi, begitulah langkah-langkah mudah untuk membuat pengeluaran duit daripada akaun CDS CGSI melalui platform iTrade. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan, boleh hubungi iSaham Support untuk bantuan lanjut.

Soalan Bolehkah saya keluarkan matawang asing daripada trust account saya?
Jawapan Tidak boleh, anda hanya boleh mengeluarkan Ringgit Malaysia (RM) yang disimpan dalam trust account anda. Sila hubungi iSaham Support untuk dapatkan bantuan lanjut.
Soalan Berapakah amaun minimum dan maksimum eWithdrawal?
Jawapan Amaun minimum yang boleh dikeluarkan adalah RM1 dan jumlah maksimum pula sebanyak RM999,999.99 berdasarkan baki dalam trust akaun anda.
Soalan Adakah saya boleh membuat permohonan pengeluaran pada bila-bila masa?
Jawapan Ya, anda boleh membuat permohonan pengeluaran pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, ia akan diproses pada hari dagangan sahaja sehingga tamat waktu pemprosesan. 
Soalan Bilakah waktu tamat pemprosesan?
Jawapan Waktu tamat pemprosesan pengeluaran adalah pada jam 2.30 PM hari dagangan. Sebarang permohonan pengeluaran yang dilakukan selepas waktu tersebut akan diproses pada hari dagangan berikutnya.
Soalan Apa yang saya boleh jangkakan selepas menghantar permohonan pengeluaran?
Jawapan
  • Permohonan pengeluaran yang telah dihantar akan dipaparkan di "Today's Withdrawal Amount".
  • "Withdrawable amount" dalam eWithdrawal akan berkurang, sama seperti "Credit Available to Setoff Outstanding" dalam eSettlement.
  • Had dagangan anda akan berkurang sekiranya permohonan pengeluaran anda telah berjaya.
  • Dalam "Report > Client Summary", jumlah trust anda tidak akan berkurang. Walau bagaimanapun, jumah tersebut akan berubah pada hari dagangan berikutnya.
Soalan Apakah singkatan bagi nama-nama bank yang dipaparkan pada bahagian "Beneficiary Account Number"?
Jawapan

 

Soalan Sekiranya saya membuat permohonan pengeluaran pada waktu pagi hari dagangan, bilakah saya akan menerima duit saya?
Jawapan Sekiranya anda membuat permohonan pengeluaran antara jam 12.00 AM-2.30 PM, duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada hari yang sama.
Soalan Bolehkah saya melihat "withdrawal history"?
Jawapan

Ya, "withdrawal history" boleh dilihat sehingga 90 hari. Anda boleh klik "View Withdrawal History" seperti gambar di bawah.

 

Soalan Bolehkah saya membatalkan permohonan pengeluaran?
Jawapan Anda boleh membatalkan permohonan pengeluaran sekiranya status permohonan tersebut adalah "New Submission".
Soalan Bolehkah saya membuat lebih daripada satu permohonan pengeluaran dalam sehari?
Jawapan Ya, anda boleh boleh membuat lebih daripada satu permohonan pengeluaran dalam sehari, dengan syarat permohonan yang sebelumnya sudah diproses oleh CGS MY atau anda telah membatalkannya.
Soalan Apakah sebab bahagian "client's trading account" dan "beneficiary account number" kosong pada halaman eWithdrawal?
Jawapan
Antara sebab perkara tersebut berlaku adalah:
 
  • Jenis akaun anda tidak layak untuk eWithdrawal.
  • Akaun dagangan anda tidak diaktifkan untuk dagangan atas talian.
  • Status akaun dagangan anda tidak aktif i.e. dormant, digantung, atau ditutup.
  • Anda mempunyai lebih daripada satu akaun bank lokal untuk urusan pengkreditan di atas akaun dagangan yang sama.

< kembali ke laman blog utama