UMUM

17-AUG-2023

Peroleh Bonus Minimum RM100 melalui Kempen Khas Merdeka Lyndung


AR    


Dalam blog sebelum ini, kami telah menceritakan secara ringkas tentang Lyndung iaitu sebuah Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan yang menawarkan tiga jenis program di dalamnya. 

Pada hari ini, kami akan berkongsi mengenai kempen khas yang ditawarkan melalui program Referral dan Affiliate Lyndung untuk anda manfaatkan. Jika anda terlepas mengenai perkongsian kami berkenaan program-program yang ditawarkan di bawah Lyndung, anda boleh rujuk artikel tersebut di sini.

lyndung merdeka content thumbnail

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-66, Lyndung menjalankan Kempen Khas Merdeka di mana anda boleh menerima ganjaran bonus RM 100 untuk setiap pendaftaran yang berjaya (mod keahlian tahunan). Kempen ini terbuka kepada semua ahli Lyndung serta orang ramai yang ingin membantu mempromosikan Lyndung kepada kenalan mereka sambil menjana pendapatan sampingan. 

Menariknya mengenai program ini, bukan sahaja anda yang mempromosikan Lyndung dapat menerima manfaat malah bakal ahli yang mendaftar dan memilih mod keahlian tahunan juga boleh menerima bonus bernilai RM 10. Bonus ini akan dimasukkan ke Initial Sharing Contribution ahli tersebut dan boleh digunakan untuk perkongsian bil perubatan pada masa akan datang.

Apakah perbezaan di antara Lyndung Referral dan Affiliate?

Lyndung Referral adalah terbuka kepada semua ahli Lyndung. Jika anda telah mendaftar keahlian Lyndung, maka Lyndung Referral adalah untuk anda. Anda boleh rujuk panduan ini untuk mendapatkan kod referral anda.

Berbeza dengan Lyndung Affiliate, Program ini dikhaskan kepada mereka yang tidak memenuhi syarat keahlian Lyndung tetapi ingin membantu untuk mempromosikan Lyndung sambil menjana pendapatan sampingan. Anda boleh rujuk panduan ini untuk menyertai Program ini. 

Cara mudah untuk mendapatkan RM 100

1. Daftar sebagai Ahli atau Affiliate Lyndung.

2. Kongsikan kod referral anda kepada kenalan anda. 

3. Keluarga dan kenalan anda mendaftar menggunakan kod referral anda dan memilih kod keahlian tahunan.

4. Anda menerima bonus sebanyak RM 100.

Kempen ini dijalankan sehingga 31 Ogos ini sahaja. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana tiada had limit referral ditetapkan. Jika anda mendapat 100 referral yang berjaya dalam tempoh kempen, maka anda akan menerima bonus sebanyak RM 10,000!

 


< kembali ke laman blog utama