UMUM

11-MAR-2020

Persiapan untuk Kejatuhan Pasaran Saham


FN    


Dalam keadaan pasaran yang sentiasa merah ni, nak menjana keuntungan sememangnya mencabar. Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, wabak COVID-19 yang bermula di China menimbulkan kerisauan seluruh dunia apabila ia merebak dengan cepat ke luar negara tersebut.

Image by Gerd Altmann from Pixabay

Pasaran dunia kini terkesan dengan penularan wabak COVID-19 atas ketidaktentuan pasaran dunia yang terjadi akibat wabak ini. Situasi ini diburukkan lagi dengan permintaan minyak yang berkurang, disusuli dengan perang harga minyak antara Rusia dan Amerika.

Image by skeeze from Pixabay

Antara persoalan yang timbul juga adalah sama ada situasi ini akan menyebabkan kejatuhan pasaran (market crash) pada tahap global. Baru-baru ini, kita dapat lihat bahawa semua saham telah pun terkesan dengan penurunan harga minyak sebanyak lebih 30% ini. Sekiranya situasi ini berlanjutan, ia akan menimbulkan kerisauan pelabur dan ketidak tentuan pasaran global.

Dalam menganggap kejatuhan pasaran akan terjadi tak lama lagi, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum ia menyebabkan anda panik.

1. Kejatuhan pasaran adalah suatu yang berulang

Pertama sekali, jangan risau. Market crash itu adalah pasti. Yang menjadi persoalan adalah bila ia akan berlaku. Kebiasaan yang kita dengar adalah ia berlaku dalam kitaran setiap 7-10 tahun. Kejatuhan pasaran sebelum ini adalah pada tahun 2008, dan ramai yang masih tertanya-tanya bila yang seterusnya akan berlaku.

KLCI drop 2008, 2020

Ada kemungkinan yang coronavirus ini akan menyebabkan kejatuhan pasaran untuk kitaran kali ini. Kalau melihatkan pada carta indeks KLCI, kita telah pun nampak ragam downtrend dan penyusutan mata indeks yang teruk. Namun, kita tak tahu sama ada ia akan berlarutan, dan sehingga ke tahap mana ia akan turun. Apapun, kita perlu bersiap-siap untuk menghadapi keadaan ini dengan tenang.

2. Market akan rebound selepas kejatuhan

Ketika pasaran mengalami kejatuhan, ia akan berlaku dengan teruk. Sekiranya anda perhatikan secara langsung pergerakan harga saham, anda mungkin akan panik dan jual pegangan saham anda ketika kejatuhan ini berlaku. Namun, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kejatuhan ini tidak bersifat kekal. Pasaran akan kembali pulih seperti sediakala selepas habis panik.

3. Jual pegangan sebelum crash

Walaupun pasaran akan kembali pulih selepas kejatuhan pasaran, anda tak perlu termasuk dalam pelabur yang mengalami kejatuhan nilai saham. Apa yang anda perlu buat adalah jual pegangan anda sebelum pasaran mengalami kejatuhan. Selamatkan wang pelaburan anda terlebih dahulu. Ada kemungkinan penurunan ini akan berlaku dalam masa yang lama.

4. Bersedia untuk pasaran rebound

Ketika pasaran mengalami kejatuhan, ia tak menggambarkan nilai sebenar sesebuah saham itu. Ramai pelabur yang membuat jualan panik apabila pasaran saham mengalami kejatuhan, seterusnya mengebabkan saham didagang pada harga yang lebih rendah daripada biasa. Ini sebenarnya adalah peluang yang baik untuk membeli. Bila dah nampak tanda-tanda pemulihan pasaran, inilah peluang anda untuk swing saham-saham yang selama ni dikatakan "mahal".


< kembali ke laman blog utama