Sekiranya anda ingin mengeluarkan duit dari Akaun CDS, post kali ini boleh membantu anda memahami proses pengeluaran ini dengan lebih jelas. Untuk mengeluarkan duit dari akaun CDS, anda perlu berpuasa dari membeli saham untuk dua hari berturut-turut. Selepas itu barulah anda boleh hantar permohonan untuk keluarkan duit anda dari CDS. Ikuti post ini untuk ketahui lebih lanjut.
Cara Mengeluarkan Duit di M+ Online
Secara ringkas, proses pengeluaran ini adalah seperti berikut:
A - Sekiranya trust account mencukupi
- Pergi ke tab Withdrawal > Cash
- Isi borang Cash Withdrawal Request
- Submit
B - Sekiranya trust account tak mencukupi
- Jual saham
- Tidak membuat belian dalam masa 2 hari
- Lakukan proses A di atas
Tekan tab Withdrawal
Untuk keluarkan duit, anda boleh pergi ke Withdrawal
> Cash
di menu bahagian atas skrin.
Isi borang pengeluaran
Satu tetingkap akan keluar dengan borang Cash Withdrawal Request dan masukkan butiran yang diperlukan. Akaun bank tak semestinya menggunakan bank yang anda daftar ketika membuka akaun. Boleh masukkan ke mana-mana akaun bank yang didaftarkan dengan nama anda. Maksudnya, sama dengan nama pemegang akaun CDS.
Ruangan Available Trust Withdrawal (RM) After minus O/S Purchase
akan paparkan sebanyak mana anda boleh keluarkan dari akaun. Dari aplikasi, ruangan ini akan terus paparkan jumlah yang tersedia. Dari browser pula, anda perlu isikan butiran Client Code
untuk angka ini dipaparkan. Lengkapkan borang, isikan pada Amount sebanyak mana yang anda ingin keluarkan dan tekan Submit
.
Available Trust Withdrawal tak cukup
Sekiranya angka ini menunjukkan 0 atau angka rendah, anda tidak mempunyai tunai yang sedia ada untuk dikeluarkan. Bermakna tunai selebihnya dah dilaburkan ke dalam pegangan saham. Apa yang anda perlu buat ialah jual dahulu mana-mana saham untuk dapatkan tunai, dan tunggu selama dua hari untuk proses jualan ini dijelaskan antara broker dan Bursa.
Anda boleh hantar permohonan untuk keluaran pada hari ketiga bekerja. Bergantung kepada waktu dan kesibukan, anda mungkin hanya akan terima pengeluaran ini sehari selepas permohonan.
Pengiraan tempoh dua hari
Mungkin ada juga yang kurang jelas bagaimana dua hari itu dikira. Kita gunakan contoh, katakan hari ini Isnin, anda lihat Available Trust Withrawal tak mencukupi. Jadi hari ini anda jual. Hari Selasa anda boleh lihat nilai jualan pada "Remaining Sales Contracts". Rabu, nilai ini masuk ke "Sales Proceeds Due". Rabu malam apabila sistem dikemaskini, anda boleh mula lihat nilai ini tercermin dalam Trust Account. Maka, Rabu malam dah boleh mula isi borang pengeluaran.
Waktu Memohon untuk Pengeluaran
Withdrawal atau pengeluaran duit boleh dibuat bila-bila masa. Tapi M+ hanya akan memproses permohonan pengeluaran ini pada hari kerja.
Masa memohon juga memainkan peranan untuk terima pengeluaran ini lebih cepat. Sekiranya anda mohon sebelum pukul 8 pagi, anda boleh terima duit anda dalam hari yang sama (petang atau malam). Lewat dari 8 pagi, proses anda akan beratur untuk hari esok pula.
Sekiranya anda ingin buat pengeluaran untuk beli IPO, seelok-eloknya jual pegangan selewat-lewatnya 4 hari sebelum hari terakhir permohonan. Yang ni memang betul last minute.
Perlu diingatkan juga, pastikan anda tidak melakukan sebarang pembelian dalam hari yang sama anda memohon untuk mengeluarkan duit dari akaun CDS Mplus anda. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang akan berlaku seperti berlakunya kekurangan wang di dalam trust account.