Hari Raya Aidiladha akan tiba tak lama lagi. Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun.
Ibadah korban di Hari Raya Aidiladha
Kebiasaanya setiap kali datangnya Hari Raya Aidiladha ini, ramai umat Islam akan merebut peluang untuk melakukan ibadah korban.
Ibadah korban ini adalah untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, dimana Nabi Ibrahim a.s sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s bagi menunaikan perintah Allah SWT.
Susulan peristiwa tersebut, setiap kali perayaan ini, umat Islam akan mengerjakan ibadah korban, iaitu menyembelih binatang al an'am atau binatang berkaki empat dan jinak. Binatang-binatang yang disembelih tersebut akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Korban untuk keluarga memerlukan di Mekah
Ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang dituntut bagi orang yang mampu. Seperti yang dinyatakan dalam laman Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama sudah menjelaskan bahawa perintah untuk berkorban pada Hari Raya Aidiladha ini adalah untuk orang-orang yang berkemampuan.
Imam al-Khatib al-Syarbini, ada menjelaskan dengan berkata bahawa:
وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ
Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.
Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123
Sehubungan dengan itu, iSaham bersama GlobalSadaqah sedang mengusahakan kempen korban bagi membuka peluang untuk anda menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Kempen ini memberi peluang kepada penderma untuk menunaikan korban, dimana daging korban tersebut akan dibungkus dan diedarkan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan di Mekah.
Oleh itu, jika anda ingin melaksanakan ibadah korban di tanah suci Mekah, anda boleh daftar di Kempen Korban untuk Keluarga Miskin di Mekah.
Dari Firman Allah SWT:
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ
Maksudnya:
“Daging dan darah binatang korban atau hadyu (haiwan yang disembelih) itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj: 37)
Marilah kita rebut peluang yang datang setahun sekali ini. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang pemurah dan suka bersedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.