BERITA

08-FEB-2022

Retail Investor Campaign, 2021 Award Ceremony - Kemenangan Untuk Semua


 


Kuala Lumpur, 8 Febuari 2022 - Bursa Malaysia Berhad semalam telah menganjurkan Retail Investor Campaign, 2021 Award Ceremony, bagi meraikan broker serta pengantara pasaran berprestasi tinggi.

Majlis yang telah diadakan di W Hotel, Kuala Lumpur ini dirasmikan oleh Datuk Muhamad Umar Swift iaitu CEO Bursa Malaysia.

Partner kami, remisier daripada Malacca Securities, En Anas Ahmad Faris telah berjaya merangkul 3 anugerah dalam kategori Top Remisier dari Bursa Malaysia, iaitu:

  1. Highest Number of New Accounts Opened (Shariah)
  2. Highest Traded Value - ETFs
  3. Highest Traded Value - New Accounts (Shariah)

Untuk makluman, beliau telah mengungguli tempat pertama bagi kategori Highest Number of New Accounts Opened (Shariah) dan Highest Traded Value - New Accounts (Shariah) selama empat tahun berturut-turut.

En Anas Ahmad Faris, melalui akaun twitter peribadinya menyatakan bahawa "Kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua. Kita semua adalah pemenang dengan misi yang sama - membantu lebih ramai melabur dengan lebih mantap."

Anugerah-anugerah yang diterima oleh beliau semalam merupakan anugerah ke-11 yang telah berjaya dimenangi sejak memulakan kerjaya sebagai seorang remisier. Anugerah yang telah berjaya dimenangi setakat ini adalah seperti berikut:

Anugerah Tahun
Highest Number of New Accounts Opened (Shariah) 2018, 2019, 2020, 2021
Highest Traded Value - New Accounts (Shariah) 2018, 2019, 2020, 2021
Highest Traded Value - ETFs 2020, 2021
Anugerah-anugerah yang telah berjaya dimenangi
Anugerah-anugerah yang telah berjaya dimenangi Encik Anas setakat ini.

Tahniah diucapkan kepada En Anas Ahmad Faris, penggerak dan pengguna iSaham, Marketing Representatives, dan juga client-client M+ di atas kejayaan yang diperolehi ini. Sememangnya, kemenangan ini adalah kemenangan buat semua.

Sekiranya anda ingin membuka akaun CDS bersama En Anas Ahmad Faris dan memperolehi akses kepada screener iSaham yang dihasilkan bersama-sama beliau, anda boleh membuat demikian dengan mendaftar di sini.


< kembali ke laman blog utama