UMUM

30-MAY-2024

Saham Terkini Patuh Syariah Mei 2024


FA    


Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini pada bulan Mei dan November setiap tahun. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya, mengikut tanda aras dan penilaian yang teliti.

Bagi pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah, anda mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam senarai sektor kami bagi saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

 

IPO baru tersenarai patuh syariah

Antara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak November 2023 adalah:

1. Kawan Renergy Berhad

2. Smart Asia Chemical Berhad

3. Feytech Holdings Berhad

4. Sin-kung Logistics Berhad

5. Farm Price Holdings Berhad

6. MKH Oil Palm (East Kalimantan) Berhad

7. SBH Marine Holdings Berhad

8. Zantat Holdings Berhad

9. AGX Group Berhad

10. Wentel Engineering Holdings Berhad

11. HE Group Berhad

12. Master Tec Group Berhad

13. KJTS Group Berhad

14. Jati tinggi Group Berhad

15. CPE Technology Berhad

16. Panda ECO System Berhad

Sejak November 2023, ada 22 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. 16 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham KENERGY, SMART, FEYTECH, SINKUNG, FPHB, MKHOP, SBH, ZANTAT, AGX, WENTEL, HEGROUP, MTEC, KJTS, JTGROUP, CPETECH, dan PANDA adalah IPO yang telah diklasifikasikan sebagai saham patuh syariah sejak tawaran awam permulaan.

Terdapat juga beberapa saham yang tidak dinilaikan sebagai saham patuh syariah atau tidak mempunyai apa-apa status syariah sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu KEYFIELD dan TOPMIX.

 

TSA, TOPMIX, dan RAPID kini patuh syariah

Secara keseluruhan, sebanyak 27 syarikat termasuk dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antaranya termasuklah TSA yang merupakan syarikat penyedia perkakasan industri. TOPMIX merupakan syarikat hiasan permukaan. RAPID merupakan syarikat penyedia peralatan kejuruteraan. Untuk melihat saham-saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah, boleh rujuk di sini.

 

HARBOUR, CJCEN, dan EWINT memasuki senarai tidak patuh syariah

Sejumlah 14 saham telah bertukar status daripada syariah kepada tidak patuh syariah. Antaranya termasuklah HARBOUR, CJCEN, EWINT, dan beberapa yang lain.

Mungkin ada dalam kalangan pelabur yang giat mendagangkan kaunter-kaunter tersebut dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk senarai terkini bagi mengelakkan daripada berdagang saham-saham yang kini tidak lagi patuh syariah.

Sekiranya anda ada memegang saham-saham tersebut, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status kepada tidak patuh syariah. Langkah ini penting untuk memastikan portfolio pelaburan saham anda kekal patuh syariah.


< kembali ke laman blog utama