UMUM

28-NOV-2019

Saham Terkini Patuh Syariah November 2019


FN    


New Shariah November 2018

Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham2 ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council

Saham Airasia dah patuh syariah


Syarikat AIRASIA ni memang dah tak asing lagi sebagai salah satu syarikat penerbangan digemari ramai dengan penerbangan kos rendah yang ditawarkan. Selama ni, mungkin kita jadi penumpang Air Asia je, tapi sekarang ni dah boleh jadi penumpang saham Air Asia.

View this post on Instagram

On the air ke Kuantan untuk 3 sesi khas Sabtu dan Ahad ni. #airasia

A post shared by iSaham (@isaham.my) on


Saham Air Asia dari segi long term agak mendatar, mungkin ambil penumpang dulu, tapi boleh kaji potensi saham ni untuk fly pada masa akan datang seiring dengan slogan "Now everyone can fly". Dengan penukaran status syariah, kini pelabur saham syariah boleh menilai saham ini dan membeli menggunakan strategi masing-masing.

Jom melabur syariah


Selamat melabur dalam saham patuh syariah. Seperti tagline Bursa Malaysia-i, "Live responsibly, invest responsibly, invest shariah" - hidup bertanggungjawab, melabur secara bertanggungjawab, dan melabur dalam syariah.


< kembali ke laman blog utama