UMUM

05-DEC-2024

Saham Terkini Patuh Syariah November 2024


AA    


Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini pada bulan Mei dan November setiap tahun. Yang terbaru, kemas kini status Syariah telah dikeluarkan oleh SC pada 29 November 2024 lalu. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya, mengikut tanda aras dan penilaian yang teliti. 

Bagi pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah, anda mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam senarai sektor kami bagi saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=1920c06f-61e5-46d7-8016-28a918acd4c8 

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

 

IPO Baru Tersenarai Patuh Syariah

 

 Antara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Mei 2024 adalah:

  1. 3REN Bhd
  2. Agricore CS Holdings Bhd
  3. Azam Jaya Bhd
  4. BWYS Group Bhd
  5. Crest Group Bhd
  6. Elridge Energy Holdings Bhd
  7. EPB Group Bhd
  8. Go Hub Capital Bhd
  9. Johor Plantations Group Bhd
  10. KHPT Holdings Bhd
  11. KTI Landmark Bhd
  12. Life Water Bhd
  13. Metro Healthcare Bhd
  14. Northeast Group Bhd
  15. OB Holdings Bhd
  16. Ocean Fresh Bhd
  17. Sik Cheong Bhd
  18. Solar District Cooling Group Bhd
  19.  Sorento Capital Bhd
  20. Steel Hawk Bhd
  21. UUE Holdings Bhd
  22. VETECE Holdings Bhd

Sejak Mei 2024, ada 26 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. 22 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. 

 

ANNJOO, HUME, dan TEOSENG kini patuh Syariah

 

 

Secara keseluruhan, sebanyak 36 syarikat termasuk dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Ini termasuk 22 IPO yang disenaraikan di atas. Antara saham yang bukan IPO yang baru bertukar status ke Patuh Syariah ialah Ann Joo , Hume Cement dan Teo Seng. Untuk melihat saham-saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah, boleh rujuk di sini.

 

Powerwell, Techguan, Skygate memasuki senarai tidak patuh Syariah

 

Sejumlah 39 saham telah disahkan berstatus tidak patuh syariah. Antaranya termasuklah Powerwell, Luxchem, Skygate, dan beberapa yang lain. Jumlah ini termasuk 4 IPO yang disahkan tidak patuh Syariah sebelum disenaraikan lagi iaitu Speedmart, Kucingko, Well Chip & Mega Fortris. Untuk senarai penuh, anda boleh merujuk di sini. 

Mungkin ada dalam kalangan pelabur yang giat mendagangkan kaunter-kaunter tersebut dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk senarai terkini bagi mengelakkan daripada berdagang saham-saham yang kini tidak lagi patuh syariah.

Sekiranya anda ada memegang saham-saham tersebut, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status kepada tidak patuh syariah. Langkah ini penting untuk memastikan portfolio pelaburan saham anda kekal patuh syariah.


< kembali ke laman blog utama