Sebagai seorang pedagang Muslim, salah satu elemen utama yang perlu dalam pemilihan kaunter ialah kaunter tersebut mestilah disahkan patuh Syariah. Malacca Securities cakna akan perkara ini dan telah mewujudkan satu fungsi untuk para pedagang screen kaunter patuh Syariah untuk 3 pasaran saham iaitu, Bursa Malaysia, Amerika Syarikat (US) dan juga Hong Kong (HK). Jika di pasaran Bursa Malaysia, Securities Commision memainkan peranan untuk menentukan status Syariah syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, manakala untuk pasaran US dan HK, M+ Global bekerjasama dengan pihak IdealRatings. IdealRatings menentukan status Syariah sesuatu saham dengan cara menganalisis aktiviti perniagaan dan juga pecahan kepada pendapatan.
Cara Menentukan Status Syariah Sesuatu Saham:
Perkara pertama yang akan dilihat dalam menentukan status Syariah sesuatu saham ialah syarikat-syarikat tersebut mestilah tidak terlibat dengan aktiviti perniagaan yang dilarang oleh agama Islam. Antara aktiviti yang dilarang ialah seperti berikut:
- Terlibat dengan Riba'
- Perjudian
- Pembuatan dan penjualan produk yang tidak halal
- Insurans Konvesional
- Produk tembakau
- Terlibat dalam aktiviti broker atau pelaburan tidak patuh Syariah.
- Lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Islam.
Untuk syarikat yang terlibat dalam aktiviti patuh Syariah dan patuh Syariah, peratusan pendapatan dan keuntungan dari kedua-dua sumber akan dinilai. Sekiranya jumlah peratusan sumber tidak patuh Syariah melebihi ketetapan iaitu 5%, saham tersebut dianggap tidak patuh Syariah.
Cara Screen Saham Patuh Syariah di M+ Global
Selain pasaran Bursa, M+ Global menyediakan senarai syarikat patuh Syariah yang tersenarai di 2 pasaran global iaitu, Amerika Syarikat dan juga Hong Kong. Untuk melihat kaunter-kaunter tersebut, ikuti langkah yang berikut:
Langkah 1
Buka aplikasi M+ Global dan pergi ke menu "Markets".
Langkah 2
Di bahagian penjuru atas sebelah kiri, anda akan melihat pasaran-pasaran yang di tawarkan di M+ Global. Pilih pasaran yang dikehendaki. Sebagai contoh untuk melihat saham patuh Syariah di pasaran US, klik pada pasaran US.
Langkah 3
Anda akan melihat senarai saham yang disahkan patuh Syariah dan butiran seperti harga semasa saham dan juga perubahan semasa.
Jadi begitulah cara-cara untuk menyemak status Syariah kaunter saham melalui M+ Global. Fungsi ini memberikan kemudahan untuk pedagang khususnya Muslim untuk mengetahui status Syariah sesuatu saham bukan sahaja untuk pasaran Bursa, bahkan US dan HK. Sebagai ingatan, walaupun saham tersebut merupakan saham patuh Syariah, pedagang perlu mengkaji dengan lebih mendalam dari segi fundamental dan teknikal sebelum membeli sesuatu saham.