UMUM

22-SEP-2020

Sebab-sebab Jualan Saham tak Berjaya


FN    


Sebelum ini kami pernah bahaskan sebab-sebab pembelian saham itu tak berjaya. Kali ini, kami akan kupas sebab-sebab penjualan itu gagal.

1. Tersalah tekan

Mungkin ada yang tak tahu, tapi sekiranya anda double click pada harga di order queue, tetingkap pesanan akan muncul. Sama ada untuk beli atau jual pula bergantung kepada bahagian mana anda tekan, sama ada di sebelah best buy atau best sell. Situasi ini hanya terpakai untuk penggunaan M+ di browser. Perhatikan pada tetingkap pesanan: sekiranya ia berwarna hijau, anda akan mengisi input untuk belian, sekiranya merah, bermakna untuk jualan. Untuk betulkan kesilapan ini, boleh tekan pilihan Buy pada atas kiri tetingkap pesanan dan tukar kepada Sell. Kemudian teruskan jualan seperti biasa.

mplus queue order Pastikan tetingkap pesanan di atas merujuk kepada "Sell"

2. Ada dalam portfolio tapi tak boleh jual

Situasi saham dalam portfolio tapi tak boleh jual memang agak memeningkan. Satu andaian yang kita boleh buat ialah anda telah pun beratur untuk jual saham yang dipegang ini. Untuk memastikan situasi ini yang berlaku, boleh semak pada Order Status dan cari saham yang anda sepatutnya nak jual tadi. Sekiranya ada, maka anda boleh ubah pesanan tadi.

order status stop limit

Boleh jadi juga pesanan jualan saham tadi dibuat secara Good Till Date. Sekiranya ini yang berlaku, maka batalkan sahaja pesanan ini dan masukkan pesanan baru untuk jual.

3. Jual pada waktu rehat

man watching time

Ada dua waktu rehat yang kita boleh rujuk di sini. Pertamanya adalah waktu rehat tengah hari, dan kedua adalah waktu rehat sebelum pasaran ditutup iaitu Pre-Closing.

Waktu rehat Bursa: 12.30 tghari - 2.30 petang
Pre-Closing: 4.45 petang - 4.50 petang

Kalau anda hantar pesanan jualan di waktu rehat, sebenarnya ia bukan gagal, namun akan diatur ke dalam barisan. Tiada pesanan yang akan terpadan dalam masa yang ditulis di atas tadi. Apabila pasaran bersambung selepas rehat, barulah pesanan jualan boleh dipadankan. Sama ada padan atau tidak, anda cuma perlu tunggu harga saham pergi ke harga jualan dan giliran pesanan anda.

5. Beli selain harga tutup pada fasa Trading at Last

Waktu Trading at Last: 4.50 - 5.00 petang

Dalam 10 minit terakhir waktu pasaran Bursa, hanya satu harga akhir yang akan terpadan apabila ditentukan pada fasa pre-closing. Jika pesanan yang anda letakkan pada tadi tidak berjaya, pesanan anda tadi akan dimansuhkan dan anda perlu letakkan pesanan baru pada harga tutup. Mana-mana pesanan yang diletakkan pada selain harga tutup akan ditendang dari sistem.

5. Pasaran dah tutup

store closed

Sekiranya anda letakkan pesanan jualan, ada kemungkinan ia tidak akan berjaya sepanjang hari dagangan. Ini mungkin disebabkan harga jualan yang tinggi atau volume yang tak banyak untuk saham tersebut. Apabila pasaran ditutup, pesanan jualan anda ini akan luput atau termansuh. Apa yang anda boleh buat ialah hantarkan semula pesanan jualan bermula 5.10 petang dan tunggu ia terpadan pada hari esok. Cara ini tidak menjadi sekiranya anda masukkan pesanan pada hari Jumaat kerana pasaran tak dibuka hari Sabtu.


< kembali ke laman blog utama