ASAS

18-MAR-2022

Sector Rotation Dalam Pasaran Saham


FF    


Kadang-kadang entry kaunter dah cantik ikut analisis teknikal sendiri, tapi harga saham pula tak berapa nak gerak sangat. Sebab apa? Mungkin kita beli kaunter yang tak trending pada masa itu.

Dalam pasaran saham ada pelbagai industri dan tak semua gerak sekali. Ada masa sektor teknologi membuat kenaikan yang kuat, tapi sektor lain sideway atau buat reversal trend. Jadi, walaupun dah buat analisis teknikal, pelabur juga perlu kaji industri saham tersebut.

Mengkaji sesuatu industri bukan sahaja membantu pemahaman pelabur tentang sektor tersebut, tetapi juga dapat membuatkan pelabur melabur dengan bijak dengan memanfaatkan sektor yang sedang berkembang. Inilah yang dipanggil sebagai putaran sektor atau sector rotation.

Sector rotation

Sector rotation ialah strategi pelaburan yang melibatkan pergerakan wang yang dilaburkan dalam saham dari satu sektor ke sektor lain. Untuk melaksanakan strategi ini, pelabur memerlukan pendekatan 'top-down', dimana melibatkan analisis pasaran secara keseluruhan (ekonomi-industri-syarikat). Ia termasuk juga dasar monetari, kadar faedah, harga komoditi, dan faktor lain. Oleh itu, melalui analisis ini dapat membantu pelabur mencari peluang dagangan dalam sektor yang berpotensi pada masa tertentu.

Sector Rotation

Empat peringkat kitaran ekonomi

Kadang-kadang ada sektor tertentu berprestasi lebih baik daripada yang lain semasa fasa tertentu kitaran ekonomi. Berikut ialah empat peringkat asas kitaran ekonomi, bersama-sama dengan beberapa sektor yang cenderung berkembang maju pada setiap peringkat.

Graf di bawah menunjukkan kitaran ekonomi (biru), kitaran pasaran (oren) dan sektor yang berkemungkinan yang berprestasi baik di bahagian atas.

Kitaran ekonomi
Gambar: StockCharts

Full recession: Tempoh penurunan prestasi ekonomi selama beberapa bulan. Sektor-sektor yang secara sejarah memperoleh keuntungan paling banyak dalam peringkat ini adalah teknologi dan consumer discreationary (barangan dan perkhidmatan tidak penting).

Early recovery: Pengembangan ekonomi bermula dengan jangkaan pengguna semakin meningkat. Sektor yang berkembang pada fasa ini adalah sektor bahan dan komoditi. Sektor ini mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi dan peningkatan permintaan daripada ekonomi berkembang.

Full recovery: Peringkat ini menandakan kemuncak pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham. Walaupun pengembangan berterusan, ekonomi berkembang pada kadar yang lebih perlahan kerana kesan daripada kenaikan kadar faedah dan harga komoditi. Sektor yang secara sejarah menguntungkan pada peringkat ini adalah consumer staples (barangan dan perkhidmatan penting).

Early recession: Fasa ini menandakan kemerosotan dalam ekonomi. Pasaran saham telah pun bergerak lebih rendah dan termasuk juga komoditi dengan menjangkakan penurunan permintaan daripada ekonomi merosot.

Kitaran ekonomi yang juga dikenali sebagai kitaran perniagaan, ialah pergerakan ekonomi yang bergerak daripada pengembangan kepada kemerosotan dan berulang. Pelbagai sektor berpotensi mendapat keuntungan daripada perubahan kitaran ekonomi ini.

Namun, dalam pasaran, tiada siapa pun yang tahu apa akan jadi esok. Ini bermaksud, sektor seperti di atas ada kalanya tidak bergerak pada fasa tersebut, ada juga bergerak lambat atau cepat.

Mencari sektor trending

Strategi sector rotation ini bukanlah hanya berdasarkan kitaran ekonomi sahaja, malah ia juga boleh terjadi melalui pelbagai faktor lain seperti, perayaan, politik dan sebagainya. Sektor yang trending boleh membuat kenaikan dalam masa yang lama dan juga singkat.

Nak kaji sektor boleh lihat di iSaham Screener di bahagian Sectors.

Senarai trending sektor di iSaham
Senarai sektor di iSaham

Sektor yang membuat kenaikan mengikut jangka masa iaitu long term, mid term, short term, dan juga harian boleh lihat di sini. Sektor yang paling atas menunjukkan trend kenaikan paling kuat dan sebaliknya.

Nota: Sektor serta skor di dalam gambar di atas adalah sebagai rujukan sahaja. Sektor bull dan bear serta skor boleh berubah dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Sector rotation adalah salah satu strategi pelaburan di mana pelabur bertukar pelaburan dari satu sektor ke sektor lain yang kuat untuk mendapat keuntungan.

Namun, ia masih mempunyai risiko. Antara risikonya adalah pelabur berkemungkinan membeli saham terlalu awal atau lambat dalam sesuatu sektor, membuatkan emosi terganggu jika saham tersebut tak gerak atau membuat reversal trend. Apa-apa pun bila berhadapan dengan situasi begini, berbalik kepada strategi dan trading plan masing-masing.

Rujukan


< kembali ke laman blog utama