TEKNIKAL

19-JUL-2018

Sektor Semikonduktor kini dalam Mode Agresif


AF    


Setelah sekian lama sektor defensif seperti makanan & telur menaik, akhirnya kita dapat lihat perubahan aliran tunai kearah saham-saham semikonduktor (dan teknologi). Perubahan ini dapat lihat menggunakan iSaham Sector Analysis dimana dari segi Short, Mid & Long Term, sektor ini sudah menguasai tangga2 atas.

Semiconductors Sector
Apakah punca kekuatan sektor ini?

Salah satu faktor kekuatan ini ialah demand semiconduktor yang sentiasa kuat, disebabkan kebanyakan syarikat di Malaysia terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pembinaan cip untuk smartphone Apple, Samsung & smartphone buatan China.

Dari segi analisa teknikal pula, kita boleh buat penilaian hanya dengan membuat perbandingan antara indeks teknologi melawan indeks biasa digunakan. Sebagai contoh, apabila kita membuat perbandingan antara NASDAQ (saham2 teknologi di US) berbanding dengan DOW JONES, kita dapat melihat jelas NASDAQ menunjukkan kearah atas sementara DOW JONES hanya dalam keadaan sideway (mendatar).

Tech Nasdaq Chart Dow Jones Chart

Kita boleh melihat perkara yang sama pada Bursa Malaysia, dimana sejak pertengahan mei indeks FBMKLCI jatuh berturut2 tetapi indeks TECHNOLOGY terus menerus melakukan kenaikan. Pada jangka masa tersebut hanya saham defensif sahaja yang naik tetapi pelik sektor teknologi yang agresif juga sudah mula melakukan kenaikan.

Malaysia Technology Chart FBMKLCI Chart

Kekuatan melawan arus (dan kepelikan) ini harus diberi perhatian yang tinggi untuk para pelabur sebab kenaikan pada sesuatu sektor boleh bertahan lama dan memberi pulangan lumayan lebih-lebih lagi jika beli pada permulaan trend (lihat sektor glove yang tidak berhenti2 naik).

Apabila saham teknologi menaik, time2 ni banyak retailer masuk semula ke dalam market, sebab banyak saham2 murah dari sektor ini. Harus diingatkan, musim teknologi naik, saham sen2 banyak yang naik, peratus2 pun besar, jangan da naik baru nak beli, takut "duduk sorang2, yang lain da lari."

Beli dengan strategi. Antara saham-saham semikonduktor / teknologi yang mempunyai iSaham Score yang tinggi ialah INARI, GTRONIC, VITROX, KESM, VIS.

1. https://www.isaham.my/sector/semiconductors

2. https://www.isaham.my/sector/technology

Mode agresif sedang berlangsung! Apakah mode anda sekarang?


< kembali ke laman blog utama