UMUM

11-FEB-2021

Sentimen Positif Pelancongan Malaysia menurut Knight Frank


AA    


peta malaysia profile picture

Menurut Knight Frank, sentimen positif terhadap sektor pelancongan Malaysia didasari beberapa faktor. Antaranya adalah penemuan vaksin Covid-19 yang membolehkan rakyat melancong kembali. Selain itu, kejatuhan harga hotel di kala pandemik yang membolehkan pemilik baru mengambil alih hotel-hotel pada harga yang lebih rendah dan kemudiannya menawarkan harga menginap pada harga yang lebih kompetitif.

Penerangan lanjut mengenai faktor-faktor ini seperti di bawah:

Penemuan Vaksin

Apabila diumumkan bahawa vaksin akan disuntik kepada rakyat khasnya petugas barisan hadapan menjelang Mac dan April sentimen terhadap sektor pelancongan akan bertukar positif. Hal ini kerana apabila barisan hadapan mendapat vaksin, maka petugas berisiko tinggi akan mendapat imuniti. Hospital akan boleh digunakan sebagai tempat selamat untuk vaksinasi lebih ramai rakyat. Sekaligus apabila rakyat mendapat imuniti, rakyat boleh kembali melancong seperti sebelum ini.

Kejatuhan Harga Hotel dan Pengambilalihan oleh Pemilik Baru

Menurut Knight Frank, pelabur bijak kini mengambil peluang untuk membeli hotel-hotel pada harga lebih murah dari biasa akibat Covid-19. Hal ini kerana ada pemilik yang mengalami masalah aliran tunai disebabkan tiada pelanggan sepanjang Covid ini berlaku. Diskaun yang bakal diberikan dianggarkan pada sekitar 10-13%. 16% dari responden Knight Frank mengatakan akan membeli hotel dalam masa 6 bulan akan datang.

hotel profile picture

89% responden Knight Frank juga mengatakan faktor utama yang mendorong mereka untuk melabur dengan membeli hotel adalah kedatangan pelancong dan akses penerbangan ke lokasi hotel mereka. Sebagai contoh, penerbangan terus ke Langkawi akan menjadi faktor yang mendorong mereka untuk melabur.

akses penerbangan ke lokasi pelancongan

Rumusan

Faktor yang mendorong pelabur untuk melihat sektor pelancongan dengan sentimen positif adalah penemuan vaksin dan juga kejatuhan harga hotel yang membolehkan mereka menjadi pelabur bijak dan mengambil kesempatan. Faktor yang mendorong pelancong untuk melihat sektor pelancongan dengan sentimen positif pula adalah kerana penemuan vaksin dan juga bakal jatuhnya kos menginap semalaman di hotel-hotel.


< kembali ke laman blog utama