Jika kita belajar mengenai dunia pelaburan saham, pasti ada satu nama terkenal yang tercatat dalam sejarah lewat tahun 90-an. Nama beliau telah mengempar dunia: bagaimana seorang kontraktor kolam renang mampu menghasilkan wang sebanyak AS$18 juta dengan bermodalkan pelaburan AS$10,000 selama 2 tahun?
Pelaburan ini telah memberikan Dan Zanger kenaikan sebanyak 29,000% peningkatan modal. Pencapaian ini menjadikan beliau pemegang rekod dunia pelaburan dan majalah terkenal Fortune Magazine telah menerbitkan ulasan mengenai diri beliau.
Siapa Dan Zanger?
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di San Fernando Valley, Los Angeles. Bapanya merupakan seorang ahli fizik dan ibunya seorang ahli psikologi. Walaupun berjaya menyambung pengajian di peringkat kolej, namun beliau telah berhenti untuk bermain ski laju beberapa tahun di Colorando dan Idaho. Pada awal usia 20-an, Dan Zanger menghadapi kesukaran hidup dan bekerja pelbagai pekerjaan seperti buruh kasar, pemandu teksi dan pembantu tukang masak.
Mengambil Peluang
Dengan hanya mempunyai kelulusan pendidikan sekolah menengah, beliau telah pulang semula ke Los Angeles dan mula bekerja disebuah syarikat landskap serta memperoleh lesen kontraktor. Minatnya dalam pelaburan saham bermula apabila ibunya sering menonton berita mengenai saham di televisyen. Secara tidak langsung, Dan Zanger mula meminati dan mendalami ilmu pelaburan saham secara serius.
Ketika berlakunya krisis gelembung internet, Dan Zanger telah menjual kereta Porshenya bernilai $11,000 untuk dijadikan modal pembelian saham. Pada tahun 1998 kebanyakkan saham berasaskan internet telah melonjak naik serta menjadi pilihan para pelabur. Beliau tidak terkecuali melabur dalam pasaran tersebut.
Strategi dan Teknik
Menggunakan Teknik CANSLIM
Beliau telah menjadikan buku bertajuk "How to Make Money in Stocks" karya William O'Neil' sebagai rujukan. William O'Neil telah mengajar teknik CANSLIM yang menggabungkan analisis fundamental dan teknikal analisis dalam pemilihan sesuatu kaunter saham.
Beliau telah mengulangkaji serta menghabiskan masa sehingga 8-16 jam sehari untuk mengkaji sesebuah kaunter yang berkualiti berdasarkan pemerhatian volume, analisis harga dan chart pattern.
Volume dan Chart Pattern
Dan Zanger akan memilih saham yang berpotensi dengan jumlah volume yang tinggi berbanding volume yang rendah. Ini memudahkan pergerakan harga saham meningkat dan menurun dalam pasaran saham. Situasi ini biasanya terjadi apabila sesebuah kaunter saham membentuk bullish flag pattern.
Entry Exit Rule
Mengikut pandangan Dan Zanger beliau hold maksimum selama 3 hari dan menggunakan prinsip pasaran breakout flag pattern. Dengan menggunakan strategi ini, beliau telah berjaya menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda dan memegang rekod dunia.
Kehidupan Sekarang
Kesimpulannya, kini Dan Zanger telah menjadi pelabur dan memberi seminar sepenuh masa mengenai teknik pasaran saham di Amerika Syarikat. Teknik pasaran saham yang diajarnya banyak digunapakai terutamanya pelabur baharu.