Screener adalah satu platform yang membantu pelabur untuk tapis saham yang berpotensi. Di iSaham, ada beberapa screener free yang boleh digunapakai. Antaranya adalah smart money screener.
Smart money screener ini diinspirasikan daripada teori The Richard Wyckoff Method. Ada juga yang memanggil sebagai strategi Volume Spread Analysis Method. Secara umumnya, ia adalah strategi yang cubaan untuk mengesan smart money atau lebih dikenali di Malaysia sebagai 'jerung' dalam pasaran saham.
Siapakah Richard Demille Wyckoff?
Richard Demille Wyckoff yang dilahirkan pada tahun 1873, merupakan perintis awal abad ke-20 dalam pendekatan teknikal untuk mengkaji pasaran saham. Beliau dikenali sebagai salah satu daripada lima legendary penganalisis teknikal, bersama dengan Dow, Gann, Elliott dan Merrill. Wyckoff juga adalah pengasas, penulis dan editor untuk The Magazine of Wall Street (diasaskan pada 1907). Wyckoff banyak memerhatikan permainan dan cara legenda pada zamanya berdagang di pasaran saham, termasuklah JP Morgan adn Jesse Livermore.
Wyckoff Price Cycle
Kajian beliau mengenai price action digabungkan dalam Wyckoff Market Cycle Theory dan ia masih digunakan secara meluas dalam perdagangan sehingga hari ini.
Menurut pendekatan Wyckoff, kitaran harga mempunyai 4 peringkat: accumulation, markup, distribution dan markdown. Beliau menggariskan bahawa elemen utama dalam pembangunan trend dalam saham sama ada bullish atau bearish, ditandakan dengan tempoh accumulation dan distribution.
Rajah di bawah adalah gambaran bagaimana beliau mengkonseptualisasikan persediaan smart money ini melaksanakan aktiviti perdagangan di pasaran bull dan bear.
Wyckoff menjelaskan masa untuk entry long position adalah pada akhir fasa accumulation, manakala entry untuk short position adalah pada penghujung fasa distribution sebelum membuat penurunan harga.
Screening saham mengikut ciri-ciri teori Wyckoff
Seperti yang dinyatakan, smart money screener adalah diilhamkan daripada teori Wyckoff. Sceener ini membantu pelabur menapis saham yang berada di fasa accumulation atau fasa akhir accumulation sebelum bergerak ke arah markup.
Mari lihat contoh saham SCGM
Saham SCGM telah melalui fasa accumulation yang agak lama daripada pertengahan tahun 2019 hingga pertengahan tahun 2020. Proses accumulation ini adalah peringkat pertama kitaran harga Wyckoff. Proses ini juga akan menghasilkan trading range seperti dalam kotak yang dilukis seperti carta diatas.
Kemudian selepas fasa akhir accumulation ini akan disusuli dengan fasa markup seperti saham SCGM yang memulakan uptrend pada pertengahan tahun 2020.
Kesimpulan
Screener ini dapat memudahkan pelabur untuk mencari saham yang berpotensi. Kalau nak entry dan exit saham mestilah bergantung kepada strategi masing-masing. Sama ada nak entry bila breakout, entry di near support atau lain-lain cara, terpulang kepada strategi pelabur. Paling penting, pemilihan saham mestilah mengikut kesesuaian risiko yang boleh dihadapi.