TEKNIKAL

4-OCT-2021

Strategi Heikin-Ashi: Cara Berdagang Mengikut Trend


FF    


Mungkin pelabur pernah mendengar atau menggunakan Heikin-Ashi (HA) candle ketika menganalisa carta saham. Bentuk atau rupa Heikin-Ashi seakan sama dengan Japanese candlestick yang biasa digunakan oleh para pelabur. Tetapi, kegunaan candle Heikin-Ashi yang terbentuk berbeza dengan candle yang biasa pelabur gunakan.

Candlestick Heikin Ashi
Gambar: Investopedia

Di Jepun, Heikin-Ashi bermaksud average bar atau bar purata dimana ia digunakan untuk mengenal pasti trend pasaran saham. Kaedah Heikin-Ashi yang menggunakan data harga purata yang membantu menapis noise jangka pendek menjadikan carta saham lebih mudah untuk dibaca dan trend juga lebih mudah untuk dianalisa.

Pengiraan Heikin-Ashi

Formula Heikin Ashi

Gambar: Formula Heikin-Ashi

Gambar di atas adalah formula yang digunakan untuk Heikin-Ashi. Ia dikira mengikut tempoh masa yang dipilih di dalam carta, contohnya seperti carta seminggu, sehari atau sejam. Dalam pengiraan candlestick ini, ia menggunakan data open-close Heikin-Ashi dari tempoh sebelumnya dan juga data open-high-low-close (OHLC) dari tempoh semasa. Pelabur tidak perlu menghafal atau mengira Heikin-Ashi ini kerana ia telah dikira secara automatik oleh sistem. Para pelabur hanya perlu memahami konsep dan teknik penggunaan candle sahaja.

Teknik penggunaan Heikin-Ashi?

Terdapat pelbagai teknik atau strategi yang boleh dilakukan dengan Heikin-Ashi candle. Contoh boleh dilihat pada carta saham D&O dibawah:

Carta D&O candle Heikin Ashi
Gambar: Carta D&O

Mengenal pasti permulaan trend saham

Ini adalah strategi yang umum dan selalu digunakan oleh para pelabur dimana mereka menggunakan Heikin-Ashi untuk mengenal pasti trend semasa sesuatu saham. Pelabur juga boleh melihat permulaan trend saham tersebut sama ada ia menunjukkan kenaikan (HA Hijau) atau penurunan (HA Merah) yang kuat.

Permulaan trend

Jika ada saham yang dalam keadaan trend menurun atau membuat pullback dan kemudian HA candle hijau muncul, ia mungkin petanda bagi saham tersebut akan membuat permulaan trend baharu. Pelabur boleh memperhatikan pergerakan saham tersebut sama ada ia berpotensi untuk membuat kenaikan atau tidak.

Heikin-Ashi tanpa shadow

Heikin Ashi tanpa shadow

Mengenal pasti Heikin-Ashi tanpa shadow bawah adalah salah satu isyarat kekuatan saham itu untuk menaik, manakala Heikin-Ashi tanpa shadow atas adalah sebaliknya, dimana ia menunjukan kekuatan saham itu untuk menurun. Teknik ini secara tidak langsung membantu pelabur untuk ride the trend atau mengambil peluang untuk mendapat keuntungan kepada mereka ketika saham sedang dalam keadaan menaik. Jika berlaku sebaliknya, ia dapat memberi isyarat kepada pelabur untuk menjauhi saham yang sedang menurun.

Candle Heikin-Ashi kecil

Candle Heikin Ashi kecil

Kemunculan candle Heikin-Ashi yang kecil adalah isyarat kepada pelabur untuk berhati-hati kerana terdapat kemungkinan bahawa trend saham sudah berhenti atau akan membuat pullback sementara. Dalam situasi ini pelabur hendaklah tidak terburu-buru melakukan perdagangan dalam sesuatu saham. Sebaiknya mereka perlu menunggu pengesahan harga saham itu untuk bergerak dahulu, sama ada menaik atau menurun.

Kekurangan Heikin-Ashi

Heikin-Ashi juga sama seperti teknik atau indikator yang lain, ia juga mempunyai kekurangan. Oleh kerana candle ini dikira secara purata menggunakan harga lama, ia tidak menunjukkan harga yang sebenar dan memberikan signal yang lambat. Oleh itu, teknik HA tidak sesuai digunapakai oleh pedagang aktif atau scalper. Selain itu, candle HA juga tidak menunjukkan price gap. Kebiasaannya, jika ada sebuah saham melonjak naik atau turun dan membuat price gap, ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti pengumuman pendapatan dan lain-lain. Pelabur akan menilai momentum saham tersebut dan juga menetapkan stop loss atau entry berdasarkan price gap.

Rumusan

Heikin-Ashi secara umumnya mudah difahami oleh para pelabur. Ia juga telah banyak digunakan terutamanya oleh pelabur baharu. Namun, penggunaan Heikin-Ashi mungkin tidak sesuai digunakan oleh sesetengah pelabur atas sebab pergerakannya yang agak ketinggalan. Justeru, ia tidak dapat menunjukkan harga sebenar sesuatu saham. Oleh kerana itu, pelabur hendaklah memilih strategi yang sesuai bergantung kepada objektif pelabur sendiri.

Rujukan

1. Investopedia

2. CFI


< kembali ke laman blog utama