UMUM

28-JUL-2023

SyariahSaham - Dari Belantara Untuk Nusantara


 


Tahun 2023 menyaksikan ramai pelabur baru dalam dunia IPO. Prestasi yang memberangsangkan ini dapat dilihat apabila Indonesia, sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang berkembang pesat menjadi pasaran IPO paling aktif di Asia Tenggara pada suku pertama tahun 2023 dengan 30 IPO yang berjaya mengumpulkan sekitar AS$828 juta.

Prestasi ini seiring dengan usaha Indonesia dalam menempatkan kedudukannya dalam rangkaian bekalan antarabangsa untuk kenderaan elektrik. Usaha ini dapat dilihat melalui sebuah syarikat nikel Indonesia, Trimegah Bangun Persada telah disenaraikan pada April lalu dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak AS$672 juta. Kejayaan ini diteruskan lagi apabila sebuah syarikat perlombongan tembaga dan emas kedua terbesar di Indonesia, Amman Mineral Internasional telah berjaya mengumpulkan sebanyak AS$713.43 juta daripada IPO pada bulan ini, menjadikannya IPO terbesar pada tahun 2023.

tbp amman

Selain itu, kedua-dua saham IPO ini merupakan saham yang patuh Syariah dan telah terlebih langganan. Perkara ini menunjukkan saham patuh Syariah juga mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan pelabur selain merasa yakin terhadap potensi syarikat pada masa akan datang. Dengan jumlah penduduk muslim yang terbesar di Asia pada ketika ini iaitu seramai 237 juta, Indonesia dilihat mempunyai potensi yang tinggi dalam pasaran perniagaan berasaskan Syariah seperti pasaran kewangan Islam.

Sekiranya iSaham menjadi portal pilihan pelabur patuh Syariah di Malaysia, bagaimana pula dengan pelabur Indonesia? Baru-baru ini, pasukan iSaham telah membuat satu pertemuan secara maya dengan pasukan SyariahSaham yang dihoskan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Pertemuan ini memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua syarikat untuk saling mengenali dan bertukar pandanan mengenai prospek pelaburan saham patuh Syariah di Malaysia dan Indonesia.

meeting with syariahsaham

SyariahSaham - Komuniti saham patuh Syariah pertama di Indonesia

SyariahSaham merupakan komuniti saham patuh Syariah pertama di Indonesia sejak penubuhannya pada tahun 2015 yang diasaskan oleh Mang Amsi dan menjadi satu-satunya portal rujukan saham patuh Syariah di Indonesia. Bermula sebagai sebuah komuniti kecil, kini SyariahSaham telah menerima sekitar 36.8 ribu kunjungan untuk tiga bulan terkini. 

SyariahSaham adalah sebuah komuniti yang bergerak dalam bidang pelaburan Syariah, meliputi aspek pendidikan dan sosial termasuk penyediaan data dan informasi bagi masyarakat Indonesia. Dengan visi "Memasyarakatkan Saham Syariah dan Mensyariahkan Saham Masyarakat", komuniti ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat Indonesia untuk menjalankan aktiviti pelaburan selaras dengan kehendak Syariah dan fatwa yang ditetapkan. 

status syariah saham

Selain itu, SyariahSaham juga menyediakan maklumat lengkap bagi pelabur individu yang berminat dalam pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia. Ia menawarkan pelbagai informasi yang membantu pelabur untuk mendalami prinsip-prinsip saham Syariah, memahami cara pelaksanaannya dan bagaimana ia mampu memberi impak kepada ekonomi negara. 

Ciri fungsi di SyariahSaham

Antara fungsi-fungsi yang terdapat di portal Syariah Saham adalah seperti berikut:

ciri-ciri portal
1. Senarai saham patuh Syariah

Anda boleh menyemak senarai saham patuh Syariah yang telah disenaraikan di pasaran Bursa Efek Indonesia (BEI). Ia juga membantu pelabur untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang memenuhi kriteria Syariah dengan cepat.

2. MM sederhana

Akses yang membenarkan pelabur untuk mengira jumlah saham yang boleh dibeli sesuai dengan profil risiko peribadi.

3. Analisis pasaran

Paparan analisis pasaran terkini secara digital yang boleh membantu pelabur dalam membuat keputusan pelaburan dengan baik.

4. Rangkuman berita

Rangkuman berita yang merangkumi perkembangan terkini dalam sektor saham patuh Syariah, profil syarikat, artikel-artikel dan SyariahSaham untuk menambah pengetahuan semasa pelabur. 

Kelebihan menggunakan SyariahSaham

Pelabur yang menggunakan SyariahSaham boleh memperoleh manfaat seperti berikut:

1. Komuniti yang sihat

Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh SyariahSaham dalam memastikan komuniti yang diwujudkan ini mendapat manfaat secara penuh, sesuai dengan usaha dan komitmen yang diberikan. Program ini termasuklah Workshop, Roadshow, Webinar, Retreat dan In-house Training.

2. Sumber maklumat yang dipercayai

Dengan adanya rujukan daripada pakar-pakar dalam pelaburan, SyariahSaham menyediakan sumber maklumat yang dipercayai dalam industri pelaburan. Ia juga menyediakan maklumat secara terperinci yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan bijak.

3. Kemudahan akses

Portal ini mudah diakses dan membolehkan para pelabur dan peminat saham mencari dan menapis maklumat penting mengenai saham patuh Syariah dengan cepat.

4. Pemahaman mendalam

Melalui kandungan daripada artikel, berita dan panduan yang disediakan di ShariahSaham, para pelabur dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang prinsip-prinsip saham patuh Syariah, proses pemilihannya dan peluang pelaburan dalam sektor Syariah.

Kesimpulan 

Sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi yang terbesar di dunia (2021), pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia mempunyai potensi yang tinggi. Portal SyariahSaham merupakan sumber rujukan yang bernilai bagi mereka yang berminat dalam pelaburan saham patuh Syariah di Indonesia. Dengan menyediakan maklumat yang komprehensif, panduan dan analisis pasaran, SyariahSaham memperkukuh pengetahuan pelaburan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah dan memperoleh hasil yang optimum. 

Semoga pertemuan di antara pasukan iSaham dan SyariahSaham ini dapat membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan. Bagi anda yang berminat untuk melabur di pasaran Indonesia, anda boleh melabur menggunakan akaun CDS CGS-CIMB. Untuk membuka akaun CDS CGS-CIMB di bawah rakan kongsi iSaham, anda boleh mendaftar melalui pautan di bawah.

Pautan: Buka akaun CDS CGS-CIMB di bawah rakan kongsi iSaham


< kembali ke laman blog utama