Pada 31 Disember 2019, WHO telah dimaklumkan dengan beberapa kes keradangan paru-paru di Wuhan, China. Virus ini tidak menyamai mana-mana virus yang pernah dijumpai sebelum ini. Hanya seminggu kemudian, pihak berkuasa China mengesahkan bahawa virus baharu itu dikenalpasti sebagai coronavirus.
Wabak penyakit ini merebak melalui sistem pernafasan dan juga titisan yang terhasil dari bersin dan batuk dari penghidap virus. Maka beberapa kelengkapan kesihatan ini menjadi penting kepada individu dan industri kesihatan untuk mengelakkan daripada jangkitan dan juga sebagai keperluan rawatan.
1. Topeng Muka
Topeng muka sudah menjadi keperluan asas kepada pencegahan virus melalui sistem pernafasan. Kalau cari di kedai-kedai penjagaan diri dan farmasi, topeng muka ni antara barangan yang paling hangat dengan permintaan.
Saham yang terlibat dengan barangan topeng muka:
2. Sarung tangan getah
Sarung tangan getah adalah satu pemakaian yang penting bagi pekerja industri kesihatan. Ini adalah untuk mencegah sentuhan langsung dengan bahan berjangkit. Penggunaan sarung tangan ini pula bersifat pakai buang. China pula adalah antara negara yang giat mengimport sarung tangan getah, terutamanya dalam keadaan wabak yang menular ketika ini. Maka ia menjadi sebuah bekalan penting untuk masa panjang.
Saham yang terlibat dengan barangan sarung tangan getah:
3. Bekalan Rawatan Kesihatan
Bekalan rawatan kesihatan terus menjadi bekalan yang penting untuk pelbagai kegunaan rawatan di institusi kesihatan. Barangan ini termasuklah picagari, pembalut luka, gogal (goggle) dan sebagainya. Tambahan pula, kita didengarkan dengan berita pembinaan hospital baru di China untuk menampung pesakit yang berkemungkinan akan meningkat.
Saham yang terlibat dengan barangan bekalan rawatan kesihatan:
4. Peralatan Rawatan Kesihatan
Peralatan untuk rawatan kesihatan juga terkena sedikit tempias, di mana hospital di China tadi mungkin memerlukan katil-katil rawatan untuk hospital mereka.
Saham yang terlibat dengan barangan peralatan rawatan kesihatan:
5. Farmaseutikal
Sehingga hari ini, masih belum ada penawar untuk coronavirus. Namun, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga supaya tak terkena penyakit dan mula mengambil ubat-ubatan yang boleh meningkatkan imuniti badan.
Antara saham-saham dalam sektor pharmaceutical yang boleh diperhatikan:
6. Perkhidmatan rawatan kesihatan
Perkhidmatan untuk rawatan kesihatan mungkin bukan suatu perkara yang akan mendapat kesan langsung dari penularan wabak ini. Malah, kedudukan mereka tidak jauh beza dengan masyarakat awam yang memerlukan bekalan kepada kelengkapan pencegahan wabak coronavirus ini. Namun, mungkin ramai juga yang akan mendapatkan khidmat rawatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Antara saham-saham yang menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan yang boleh diperhatikan:
*Kemas kini pada 12 Mei 2020
7. Perubahan aktiviti syarikat
Dalam pertarungan menentang wabak ini, ada syarikat yang menyertai aktiviti berkaitan Covid-19. Antaranya berkaitan dengan nyahinfeksi, peralatan hospital dan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE).
- NOTION - PPE
- MTOUCHE - Kit ujian
- K1 - alat bantuan pernafasan
- SCGM - pelindung muka
- M3TECH - ruang nyahinfeksi
- AT - ruang nyahinfeksi
- CAELY - pelitup muka
- LYC - aplikasi jejak kontak
- KGROUP - AI penjejakan kontak
8. Pembersih tangan
Selagi vaksin belum ditemui, selagi itu ruang pergerakan awam akan dilengkapi dengan pembersih tangan (hand sanitizer). Malah, ada juga orang awam yang akan membeli pembersih tangan ini untuk kegunaan sendiri. Syarikat yang menghasilkan pembersih tangan ini ada yang merupakan pengeluar bahan kimia berasaskan alkohol. Ada juga yang jual pembersih tangan itu sendiri sebagai produk jualan.