UMUM

12-JUL-2021

The Sunk Cost Fallacy


 


Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sedang menonton wayang, tetapi filem tersebut sangat membosankan, tetapi anda tetap memilih untuk meneruskan tontonan kerana anda telah membayar tiket wayang?

Atau pernahkah anda memaksa diri menghabiskan makanan kerana tidak mahu membazir walaupun anda telah kenyang?

Juga pernahkah anda meneruskan hubungan yang toksik bersama pasangan anda hanya kerana anda telah bersama dengannya selama lima tahun?

Situasi–situasi yang dinyatakan di atas adalah dikenali sebagai Sunk Cost Fallacy. Bagi mengatasi perkara sebegini berlaku, kita haruslah memahami dengan lebih mendalam apakah itu Sunk Cost Fallacy dan cara menghindarinya.

Sunk Cost

Maksud sunk cost

Sunk cost ialah kos yang telah dibelanjakan dan tidak boleh diperolehi semula. Kos yang dimaksudkan di sini bukan sahaja dari segi wang ringgit, tetapi apa–apa sahaja pelaburan yang telah dibuat mahupun dari segi masa dan juga tenaga.

Sunk cost fallacy pula ialah suatu kepercayaan dimana pelaburan tambahan perlu dilakukan demi untuk menyelamatkan kos yang telah dilaburkan, walhal ianya boleh menghasilkan kerugian yang lebih tinggi.

Apakah perkara yang membuat seseorang terperangkap di dalam sunk cost fallacy?

Kebiasaannya, sunk cost ini dipengaruhi oleh:

Sunk cost fallacy dalam pelaburan saham

Sunk cost fallacy adalah tidak asing di dalam dunia pelaburan saham. Ramai pelabur yang jatuh ke dalam perangkap sunk cost dengan tidak mahu mengakui kesilapan mereka apabila mereka telah melakukan suatu pelaburan yang buruk (bad trade). Oleh kerana itu, ramai pelabur yang memegang kepada pelaburan buruk yang mereka lakukan dan ada juga yang menambah kepada pelaburan buruk tersebut demi mempertahankan kos–kos yang telah dikeluarkan.

sell or hold?

Sebagai contoh, Jenny telah membeli saham syarikat Cocomelon Berhad sebanyak RM 1000 pada harga RM 1.00. Tidak lama kemudian, saham syarikat Cocomelon Berhad telah jatuh menjadi RM 0.60 kerana syarikat tersebut didapati telah memalsukan laporan kewangan mereka. Oleh kerana tidak mahu menerima hakikat, Jenny tetap memegang saham Cocomelon Berhad yang akhirnya dinyahsenaraikan dari pasaran saham.

Cara menghindari sunk cost fallacy di dalam pelaburan saham

Pelabur yang bijak ialah mereka yang mempunyai pelan sebelum memulakan dagangan. Adalah amat penting bagi pelabur untuk tahu bilakah masa yang sesuai untuk membeli, menjual, meminimakan kerugian atau memegang saham dalam tempoh yang lama. Mempunyai jurnal dagangan juga adalah penting di dalam perjalanan pelabur yang berjaya.

Namun, perkara yang paling utama untuk mengelakkan sunk cost ialah dengan mengakui kesilapan dan bersedia untuk menampung kerugian. Jika sesuatu saham itu nampak seperti tiada harapan, adalah lebih baik jika kita memotong kerugian (cut loss) dan mencari saham lain yang lebih berpotensi.

Kesimpulan

Sunk Cost ialah kos yang telah dilaburkan dan tidak dapat diperolehi kembali. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa sedar apabila kita telah melakukan kesilapan dan terus maju ke hadapan. Berpegang kepada pelaburan yang salah hanyalah akan membawa kepada kerugian yang lebih besar.

Rujukan

  1. Corporate Finance Institution
  2. Ivey Business Journal
  3. Investopedia

< kembali ke laman blog utama