UMUM

25-AUG-2021

Tiga Perspektif untuk Pelabur oleh Howard Marks


AS    


the-most-important-thing-uncommon-sense-for-the-thoughtful-investor

Di dalam perkongsian ini, kami akan memberi ringkasan dan sedikit komentar tentang buku yang bertajuk The Most Important Thing: Uncommon Sense for Thoughful Investor karangan Howard Marks.

Buku ini merupakan koleksi memo kepada klien firma pelaburan beliau yang dikumpulkan menjadi sebuah buku. Buku ini banyak menceritakan tentang psikologi di dalam pasaran saham, pengurusan risiko, kitaran ekonomi serta cara menjadi pelabur yang berjaya. Buku ini mengunakan laras bahasa yang ringkas dan sesuai untuk sesiapa yang baru dalam pelaburan saham.

Siapakah Howard Marks?

Sumber: Forbes

Howard Marks merupakan pengasas Oaktree Capital Management, sebuah firma pelaburan yang berpusat di Los Angelas. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan iaitu memiliki ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kewangan dan MBA dalam perakaunan dan pemasaran. Beliau merupakan seorang pelabur, penulis dan jutawaan yang terkemuka.

Howard Marks memang terkenal dengan tulisan memo beliau. Warren Buffet sendiri menyatakan bahawa:

“When I see memos from Howard Marks in my mail, they’re the first thing I open and read.

Di dalam perkongsian ini, kami akan memberi ringkasan untuk 3 topik di dalam buku ini. Menurut Howard, perkara penting untuk seorang pelabur adalah:

1. Pemikiran aras tinggi

Howard menerangkan pentingnya mempunyai second-level thinking atau kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjadi pelabur yang berjaya.

Apakah itu pemikiran aras tinggi?

Pemikir aras tinggi berfikir dengan cermat dan membuat analisa. Pemikir aras pertama pula berfikiran simplistic, mencari formula mudah dan kebanyakan orang boleh bertindak sebegitu.

Pemikiran aras pertama menyatakan "Ini syarikat yang baik, mari kita beli saham syarikat ini!". Pemikiran aras tinggi pula menyatakan "Ini syarikat yang baik, tetapi ramai menganggap ia adalah syarikat yang hebat tetapi sebenarnya bukan. Harga saham ini terlalu tinggi, mari kita jual."

Kenapa perlu berfikir aras tinggi?

Melabur bagi penulis adalah lebih kepada seni berbanding sains. Seni yang dimaksudkan di sini adalah sifatnya yang sedikit rumit.

Pelabur yang berjaya bagi penulis ini adalah seorang yang adaptif dan mempunyai pulangan yang lebih baik dari market (index fund) dan dari kebanyakan pelabur lain. Justeru, untuk ke tahap tersebut pelabur perlulah mempunyai pemikiran aras tinggi.

Antara petikan dalam topik ini adalah:

"Tidak ada teknik yang sentiasa berjaya. Persekitaran adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal. Psikologi memainkan peranan utama dalam pasaran. Oleh kerana ia sering berubah-ubah, hubungan sebab dan akibat tidak boleh dipercayai. "

2. Memahami market efficiency

Manusia merupakan makhluk yang mempunyai emosi. Manusia mempunyai sifat tamak, takut dan panik serta emosi-emosi lain yang melahirkan kepada persepsi yang berbeza-beza dan tidak lari dari kesilapan. Antara salah satu faktor perubahan harga dalam pasaran adalah faktor emosi manusia.

Apakah maksud market efficiency?

Hipotesis market efficiency bermaksud kenaikan dan penurunan harga aset atau saham menggambarkan semua maklumat yang telah ada. 

Howard setuju bahawa harga saham akan segera dicerminkan oleh tindakan majoriti (kata sepakat) berdasarkan maklumat yang diterima. Tetapi beliau percaya tidak semua pendapat majoriti itu sentiasa betul.

Contohnya, pada Januari 2000 saham Yahoo berharga $237 dan pada April 2001 harga saham Yahoo adalah $11. Pada ketika itu, syarikat yang berkaitan dengan internet seperti Yahoo, berpotensi untuk berkembang mengikut pendapat majoriti pelabur. Namun, sebaliknya terjadi. Krisis gelembung dotcom telah mengubah persepsi majoriti pelabur.

Bagaimana ingin menjana keuntungan di dalam pasaran saham?

Harga pasaran tidak sentiasa tepat. Ia boleh berada dalam harga yang terlalu mahal atau terlalu murah berbanding nilai sebenar (intrinsic value). Ini semua terdorong dari emosi manusia sama ada tamak atau terlalu panik.

Untuk memperoleh pulangan yang lebih dari biasa, pelabur mesti mengambil peluang ketika pasaran tidak efektif.

Antara petikan penting dalam topik ini adalah:

"Pasaran yang tidak cekap tidak semestinya memberikan pulangan yang lumayan kepada peserta mereka. Sebaliknya, menurut saya mereka menyediakan satu kajian (contohnya misvalue)- yang boleh membolehkan beberapa orang menang dan yang lain kalah berdasarkan kemahiran berbeza."

3. Memahami nilai sesuatu saham

Howard percaya kepada pelaburan yang berdasarkan fundamental sesebuah syarikat. Terdapat dua cara pelaburan bagi Howard:

Kaedah pelaburan bagaimanakah yang terbaik?

Howard memilih value investing kerana ia lebih konsisten. Kita hanya membayar kurang sedikit dari nilai sebenar saham tersebut dan ianya kurang berisiko. Growth investing pula berisiko kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan.

Pelaburan terbaik adalah apabila ia dapat mencantumkan kedua-dua kaedah tersebut, akan tetapi keadaaan seperti itu tidak selalu terjadi.

Antara petikan dalam topik ini adalah:

"Ada dua cara untuk memperoleh keuntungan di dalam pasaran yang merosot; anda harus tahu nilai intrinsik sesuatu saham, dan anda harus memegang pandangan itu dengan kuat untuk bertahan dan membeli walaupun harga saham tersebut menurun. Oh ya, ada yang ketiga: anda mesti betul."

Kesimpulan

Boleh disimpulkan bahawa untuk menjadi pelabur yang berjaya, pelabur perlu mempunyai kebolehan menganalisa sesuatu saham dan syarikat dengan baik. Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan antara pelabur dan pedagang saham. Strategi pelaburan seorang pelabur kebiasaannya adalah dalam jangka masa yang lama. Oleh sebab itu, mereka mengambil masa untuk membuat apa-apa tindakan di dalam membeli dan menjual saham.

Howard Marks cenderung kepada mencari saham-saham yang bargain dan undervalue di dalam pelaburan. Antara faktor naik turunnya sesuatu saham itu adalah dari emosi manusia. Oleh itu, untuk berjaya di dalam pasaran saham, pelabur hendaklah sentiasa rasional dalam setiap tindakan.


< kembali ke laman blog utama