UMUM

7-APR-2020

Upstream, Midstream dan Downstream Dalam Bidang Minyak dan Gas


FN    


Istilah upstream, midstream dan downstream kebiasaannya didengari ketika kita berbicara tentang industri minyak dan gas (oil & gas). Istilah ini sebenarnya bukanlah eksklusif kepada bidang ini sahaja. Ia juga disebut dalam bidang penanaman terutamanya minyak sawit dan getah, dan juga bidang industri kimia. Ia adalah suatu istilah umum yang digunakan untuk menerangkan aktiviti yang terlibat dalam pemprosesan sesuatu bahan mentah.

Photo by Zukiman Mohamad from Pexels Gambar: Zukiman Mohamad

Upstream

Proses upstream merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan penerokaan dan pengeluaran bahan mentah. Dalam bidang oil & gas, kita boleh lihat pada aktiviti penerokaan bawah laut untuk mencari kawasan minyak di dalam bumi. Ia diikuti dengan drilling, dan seterusnya pengeluaran minyak. Proses ini melibatkan kepakaran teknikal yang tinggi dan penggunaan teknologi yang canggih.

Selain proses yang disebut di atas, terdapat juga aktiviti yang tak langsung dengan bahan mentah. Antara contoh aktiviti ini adalah pembinaan pelantar minyak, bekalan besi untuk proses drilling dan pengeluaran, aktiviti sokongan dan penyelenggaraan, dan juga fabrikasi untuk peralatan.

Di Malaysia, kebanyakan projek yang berkaitan dengan upstream akan dijalankan dengan Petronas yang dimiliki oleh kerajaan. Sumber minyak di Malaysia adalah milik negara, dan syarikat yang ingin memperoleh sumber ini hanya berbuat demikian selepas menandatangani kontrak dengan Petronas. Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) atau kontrak perkongsian risiko (RSC) ini dapat melindungi sumber minyak sebagai milik negara, dan juga menggalakkan syarikat untuk mengusahakan pengeluaran minyak mentah di Malaysia.

petronas upstream Gambar: Petronas

Selepas syarikat pengeluar menandatangani kontrak ini, barulah mereka boleh memperoleh sumber minyak di Malaysia. Mereka juga boleh melantik pihak ketiga sebagai kontraktor untuk aktiviti-aktiviti upstream yang disebut tadi.

Antara pemain-pemain upstream di Malaysia adalah:

Downstream

Aktiviti utama downstream dalam bidang minyak dan gas adalah proses penapisan sumber ini kepada barangan siap. Peringkat downstream adalah yang terdekat dengan pengguna barangan ini. Selain penapisan minyak, aktiviti jualan dan pengedaran juga termasuk dalam peringkat downstream ini.

petronas upstream Gambar: Petronas

Syarikat yang terlibat dalam proses penapisan dah tentu memerlukan sebuah loji penapisan, namun tak semestinya mempunyai stesen minyak mereka sendiri. Aktiviti penapisan ini memerlukan fasiliti yang sangat rumit dan memerlukan tahap keselamatan yang sangat tinggi.

Antara pemain downstream di Malaysia adalah

Midstream

Aktiviti midstream adalah proses yang berada di antara upstream dan downstream. Kebiasaannya dikaitkan dengan logistik yang diperlukan selepas habis proses upstream untuk ke downstream yang termasuk simpanan, pengangkutan dan pengedaran melalui laluan paip.

Antara pemain midstream di Malaysia adalah:

Proses Bersepadu

Kebanyakan syarikat mampu menjadikan aktiviti mereka bersepadu dan boleh menjalankan aktiviti upstream ke midstream, midstream ke downstream atau upstream ke downstream.

petronas upstream Gambar: Dialog

Antara syarikat yang menjalankan proses yang bersepadu adalah:


< kembali ke laman blog utama