Cara Penggunaan Aplikasi Mplus





1) Log Masuk ke Aplikasi M+ Online Mobile





2) Paparan Utama

Selesai log masuk, anda akan lihat Dashboard di mana ia akan memaparkan secara ringkas indeks FBM KLCI, Favourite, Order Status, dan Portfolio anda.



3) Top 30

Senarai 30 saham teratas mengikut kategori yang disediakan.



ActiveSaham yang aktif diniagakan di Bursa Malaysia dan mempunyai transaksi jual/beli yang banyak.
GainerSenarai kenaikan harga yang paling tinggi dalam Ringgit (RM) berdasarkan harga opening pada jam 9.00 pagi.
Gainer %Senarai kenaikan harga yang paling tinggi dalam peratusan (%) berdasarkan harga opening pada jam 9.00 pagi.
LosersSenarai penurunan harga yang paling tinggi dalam Ringgit (RM) berdasarkan harga opening pada jam 9.00 pagi.
Losers %Senarai penurunan harga yang paling tinggi dalam peratusan (%) berdasarkan harga opening pada jam 9.00 pagi.

4) Favourite

>

- Laman Favourites akan memaparkan senarai saham yang anda berminat. Ini juga dikenali sebagai watchlist pelaburan anda.

- Bagaimana ingin menambah saham dalam favourite?

i) Tekan pada butang + dibahagian atas.

ii) Isikan nama pada New Group dan tekan Add.

5) Stock

Digunakan untuk mencari saham yang diniagakan




Isikan Nama Saham atau Kod Saham di dalam ruangan yang disediakan dan tekan butang cari.

Sebagai contoh, ingin mencari syarikat AJINOMOTO. Taip “Aji” atau “2658”. Seperti contoh di bawah dan tekan pada nama syarikat yang dipaparkan.




Seterusnya, anda akan dibawa kebahagian yang lebih terperinci tentang saham syarikat tersebut.

i) Market Depth




Tanda bulat bersebelahan dengan nama syarikat menandakan saham tersebut patuh kepada Syariah.
2658Stok kod yang mewakili syarikat.
20.20Harga saham pada waktu tersebut.
BUYButang untuk membeli saham.
SELLButang untuk menjual saham.
B%Menunjukkan kekuatan pembeli pada waktu itu sama ada membeli atau menjual. Jika buy rate lebih daripada 50% bermakna ramai pelabur membeli saham tersebut daripada menjual.
Last VolJumlah lot terkakhir yang ditransaksikan.
Best BuyMenunjukkan berapa ramai pelabur sedang beratur ingin membeli saham tersebut. Biru (8) menunjukkan jumlah individu beratur, Kuning (78) pula menunjukkan jumlah lot yang ingin dibeli. Sebagai contoh, pada harga 20.00 seramai 8 orang beratur ingin membeli dengan jumlah 78 lot. Contoh kedua, pada harga 19.90, seramai 1 orang beratur ingin membeli dengan 5 lot.
Best SellSama seperti Best Buy, tetapi untuk pelabur yang ingin menjual.
Total trader & VolumeBerada diantara best buy dan best sell. 87/12 | 37/11. Ia adalah jumlah keseluruhan untuk setiap best buy dan best sell.


ii) Quote



Vol (Volume)
Jumlah saham pada hari semasa yang diniagakan sehingga waktu tersebut pada. Contohnya 431 lot.
Val (Value)
Nilai saham pada hari semasa yang diniagakan sehingga waktu tersebut dalam Ringgit Malaysia.
Trans (Transaction)
Jumlah transaksi pada hari tersebut yang telah berjaya samada beli/jual sehingga waktu tersebut.
Open
Harga saham dibuka pada hari tersebut.
High
Harga yang tertinggi yang berjaya dicapai sehingga waktu itu.
Low
Harga yang terendah yang berjaya dicapai sehingga waktu itu.
Close
Harga terakhir yang dicapai apabila pasaran saham tutup. Jika anda lihat pada waktu 8 malam, ia adalah harga ditutup pada waktu 5.00pm pada hari yang sama. Jika anda lihat pada keesokan harinya, ia adalah harga terakhir untuk hari semalam.
Buy
Harga yang ingin dibeli oleh pelabur untuk satu unit saham. Contohnya RM20.00 adalah harga yang ingin dibeli oleh pelabur untuk satu unit saham Ajinomoto. Jika anda telah mempunyai saham Ajinomoto dan ingin menjual saham anda tanpa mahu beratur, ini adalah harga yang paling sesuai dan laju.
Sell
Harga yang ingin dijual oleh pelabur untuk satu unit saham mengikut waktu terkini. Contohnya RM20.02 adalah harga yang ingin dijual oleh pelabur untuk satu unit saham. Diandaikan anda ingin membeli 1 lot saham Ajinomoto, jika anda tidak mahu beratur untuk membeli, harga ini adalah harga yang paling murah yang boleh dibeli.
VWAP
Volume weighted average price atau dengan bahasa mudahnya adalah “harga purata” selepas transaksi jual/beli dilakukan sehingga waktu itu. Ini untuk mengetahui berapakah nilai saham yang telah diniagakan. Sebagai contoh, saham Ajinomoto telah melalui 76 transaksi dengan harga antara 20.00 – 20.06. Dan harga saham yang telah diniagakan berada didalam lingkungan 20.0023
Upper Limit
Harga tertinggi anda boleh masukkan order.
Lower Limit
Harga yang terendah anda boleh masukkan order.
52 Weeks High
Harga yang tertinggi berjaya dicapai untuk 52 minggu yang lepas
52 Weeks Low
Harga yang terendah yang pernah dicapai untuk 52 minggu yang lepas.


iii) Info



Listed OnDi mana saham tersebut diniagakan. Sama ada di Main Market atau di Ace Market. Seperti yang diterangkan di dalam bab sebelum ini, Main Market untuk syarikat yang mempunyai modal yang besar dan telah lama berada di dalam industri. Manakala Ace market adalah untuk syarikat yang lebih kecil dari segi modal dan masih baru di dalam industri. Contoh syarikat yang berada didalam Ace Market adalah REDtone International Bhd..
SectorNilai saham pada hari semasa yang diniagakan sehingga waktu tersebut dalam Ringgit Malaysia.
Shariah
Status Shariah terkini sesebuah saham.
Paid Up Capital
Jumlah wang yang diterima oleh syarikat semasa menjual saham dalam Primary Market (IPO, private placement, etc).
Share/Lot
Berapa unit saham syarikat dalam satu lot. Kebiasaannya nilai sentiasa 100 unit saham bagi setiap lot.
Par Value
Nilai par sesebuah saham. RM 0.10, RM0.50, RM1.00, etc..
Share Issued
Bilangan saham syarikat dalam pasaran.
Market Cap
Nilai pasaran sesebuah syarikat.
Harga semasa saham X Bilangan saham syarikat dalam pasaran = Market Cap
Sell
Harga yang ingin dijual oleh pelabur untuk satu unit saham mengikut waktu terkini. Contohnya RM20.02 adalah harga yang ingin dijual oleh pelabur untuk satu unit saham. Diandaikan anda ingin membeli 1 lot saham Ajinomoto, jika anda tidak mahu beratur untuk membeli, harga ini adalah harga yang paling murah yang boleh dibeli.
VWAP
Volume weighted average price atau dengan bahasa mudahnya adalah “harga purata” selepas transaksi jual/beli dilakukan sehingga waktu itu. Ini untuk mengetahui berapakah nilai saham yang telah diniagakan. Sebagai contoh, saham Ajinomoto telah melalui 76 transaksi dengan harga antara 20.00 – 20.06. Dan harga saham yang telah diniagakan berada didalam lingkungan 20.0023
Upper Limit
Harga tertinggi anda boleh masukkan order.
Lower Limit
Harga yang terendah anda boleh masukkan order.
52 Weeks High
Harga yang tertinggi berjaya dicapai untuk 52 minggu yang lepas
52 Weeks Low
Harga yang terendah yang pernah dicapai untuk 52 minggu yang lepas.


iv) Trade Details



TimeMenunjukkan masa transaksi saham berlaku.
PriceHarga saham diniagakan pada waktu tersebut.
Change
Perubahan harga dari satu ke waktu kepada satu waktu yang baru.
Volume
Bilangan lot saham yang berjaya diniagakan pada waktu tersebut.


v) Chart


Carta harga saham pada sesuatu tempoh masa, ia menunjukkan perubahan harga untuk hari tersebut dari jam 9.00 pagi sehingga jam 5 petang.

vi) Financial Info - Maklumat kewangan sesebuah syarikat.



Last FYE (Financial Year End)Last Financial Year End bermaksud tarikh terkakhir laporan kewangan (financial report) tahunan dikeluarkan.
Last 4QLaporan kewangan 4 suku tahun yang lepas.
Date
Tarikh laporan tersebut dikeluarkan.
Revenue
Hasil pendapatan daripada perniagaan yang dilakukan oleh syarikat.
Net Profit
Untung bersih perniagaan syarikat dalam sesuatu tempoh waktu.
EPS
Earning-per-share. Nilai keuntungan bersih yang dijana oleh syarikat untuk setiap satu unit saham. Sebagai contoh, laporan tahunan kewangan syarikat mendapatkan keuntungan 308.33 sen untuk satu unit saham Ajinomoto. Ini menunjukkan syarikat mempunyai pengurusan yang sangat baik.
P/E Ratio
P/E ratio adalah hasil daripada formula (Harga Saham / EPS). Ia adalah salah satu alat penilaian harga saham syarikat sama ada mahal atau murah secara relatif.
P/E ratio yang agak tinggi bagus kerana ia menunjukkan pelabur sanggup bayar pada harga yang sedikit tinggi untuk mendapatkan saham syarikat tersebut.
Tetapi jika P/E ratio terlalu tinggi, ini menunjukkan harga saham terlalu tinggi tidak mencerminkan keuntungan yang dijana oleh syarikat.
Dividend
Nilai dividen yang dibayar oleh syarikat dalam unit sen.
NAB
Net Asset Per Share, NAB, atau NAV adalah nilai aset yang diwakili oleh setiap unit saham syarikat. Semakin tinggi nilai NAV, semakin tinggi nilai aset yang diwakili oleh setiap unit saham.

vii) News – Maklumat dan berita tentang syarikat akan dipaparkan di sini.



6) Order Status – Status transaksi saham anda.



AllSenarai saham yang anda ingin beli dan jual.
ConfirmedSenarai saham yang anda masukkan ke dalam buy / sell order.
MatchedSenarai saham yang telah berjaya diniagakan.


7)Portfolio – Senarai saham pelaburan anda.



Semua saham yang anda miliki akan dimasukkan ke dalam portfolio. Di sini anda dapat lihat sekilas lalu tentang pergerakan harga saham anda, bilangan unit yang masih anda miliki, keuntungan dan juga kerugian

8) Account Summary

Trust AccountJumlah wang yang dimasukkan oleh anda ke dalam trading account. Baki wang di dalam akaun ini membenarkan anda membeli saham.
Remaining Purchase ContractApabila sesuatu saham telah dibeli, ia akan mengambil masa selama empat (4) hari untuk duit tersebut ditolak daripada Trust Account.
Remaining Sales ContractApabila sesuatu saham telah dijual, ia juga akan mengambil masa selama empat (4) hari untuk duit tersebut deposit ke dalam Trust Account anda.


9) Cara untuk membeli saham



Selepas anda telah memahami proses bagaimana turun dan naik saham, semestinya anda ingin membeli saham yang anda jangkakan berpotensi memberi pulangan.

Klik pada saham yang anda inginkan dan tekan butang BUY. Seterusnya anda akan lihat paparan seperti di atas.

Masukkan harga yang ingin anda beli, jumlah dalam bentuk lot, dan validity (optional)


10) Cara untuk menjual saham



Proses menjual saham sama seperti anda membeli tetapi bezanya terletak pada butang SELL. Jadi anda perlu tekan butang SELL dan masukkan harga yang anda ingin jual, jumlah lot saham dan validity (optional).

* Validity mempunyai dua (2) pilihan:

i) Today- Buy / Sell Order saham anda adalah untuk hari ini sahaja.
ii) GTD- Good Till Date digunakan apabila anda ingin membiarkan order anda berterusan sehingga tarikh yang ditetapkan. Limit sehingga 1 bulan ke hadapan sahaja