20230906 TNC


Kempen Trade & Trade 2023

11 September 2023 - 31 Disember 2023



1. PENGENALAN

 i. 

Kempen Trade and Trade iSaham ("Kempen") dianjurkan oleh iSaham Sdn Bhd ("Penganjur"). Kempen ini terbuka kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun CDS dengan Malacca Securities Sdn Bhd di bawah remisier iSaham, Anas bin Ahmad Faris sebagai remisier atau mempunyai akaun CDS dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd di bawah remisier iSaham, Muhamad Syahmi bin Kamaruzzaman sebagai remisier.

2. TEMPOH KEMPEN

 i. 

Kempen bermula dari 11 September 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023 kedua-dua tarikh termasuk atau tempoh lain yang ditentukan mengikut budi bicara mutlak Penganjur tanpa notis terlebih dahulu.

3. KELAYAKAN

 i. 

Peserta dengan akaun CDS yang didaftarkan di bawah remisier iSaham seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 1 ("Peserta").

 ii. 

Kempen ini hanya terpakai untuk transaksi "Beli" yang didagangkan untuk 4 ETF terpilih yang disenaraikan di bawah:

    

  • MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (USD)
  •     

  • MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25
  •     

  • MyETF Dow Jones U.S. Titans 50 (USD)
  •     

  • MyETF MSCI SEA Islamic Dividend
  • 4. PEMENANG & HADIAH

     i. 

    Penganjur berhak untuk menimbang tara pemilihan Pemenang.

     ii. 

    Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan sebarang tarikh dan masa untuk membuat pengumuman kepada Pemenang berpotensi.

     iii. 

    Tertakluk kepada terma dan syarat di sini, hadiah berikut boleh didapati untuk Kempen ("Hadiah").

      

    Hadiah Bulanan:-

      

    5x Wang Tunai bernilai RM100 setiap satu bagi Tetingkap Pelaburan I: 11 September 2023 – 31 Oktober 2023

      

    5x Wang Tunai bernilai RM100 setiap satu bagi Tetingkap Pelaburan II: 1 November 2023 – 30 November 2023

      

    5x Wang Tunai bernilai RM100 setiap satu bagi Tetingkap Pelaburan III: 1 Disember 2023 – 31 Disember 2023

      

    Grand Prizes:-

      

    3x Wang Tunai bernilai RM500 setiap satu

    5. PERLAKSANAAN PERADUAN

     i. 

    Tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini, Peserta boleh mendapat penyertaan ("Cabutan") untuk memenangi Hadiah (seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 4 di sini) mengikut cara yang dinyatakan di bawah:-

       a. 

    Amaun minimum transaksi Beli adalah RM500, iaitu setiap kontrak dan tidak terkumpul sepanjang tempoh Kempen.

       b. 

    Setiap Peserta layak menerima 1 Cabutan bagi cabutan bertuah bagi setiap dagangan bernilai RM500, contohnya RM3,600 nilai dagangan / RM500 = 7 Cabutan (dibundarkan).

       c. 

    Kelayakan Hadiah Bulanan.

         

  • Setiap Peserta boleh berdagang sekali atau beberapa kali sepanjang Tetingkap Perlaburan untuk layak mendapat Cabutan.

       d. 

    Kelayakan Hadiah Utama.

         

  • Setiap Peserta mesti mempunyai minima 3 Cabutan bagi tempoh kempen untuk layak menerima Hadiah Utama, contohnya berdagang sekurang-kurangnya sekali pada bulan September, Oktober dan November.

         

  • Setiap Peserta mesti membeli dan memegang dari hari pembelian sehingga tamat tempoh Kempen.

     ii. 

    Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana Cabutan yang melanggar terma dan syarat.

     iii. 

    Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah/ nilai yang sama atau lebih besar.